Hadiah harijadi suami

Assalamualaikum...



Baru2 ni kan... Harijadi suami... Hakikatnya Lin pula... Hohoho... Tapi, cover rasa bersalah dengan buat tak tahu, macam xde apa berlaku... Konon2 malas nak wish..  Padahal... Lupa terus... Hehe



Orang lelaki ni, bukan macam perempuan nak merajuk bagai... Tak wish pun xkesah... Asalnya, bila Lin dah sedar, lupa wish besday laki, kengkonon lagi nak surprise pergi beli kek. Nanti D balik, potong kek dan nyanyi..  Tapi kan... Gastrik datang menyinggah...  Allah sakitnya tak boleh bangun... Terlantar je. Aydina nangis pun Lin xboleh nak buat pape.... 

Dah memang tak ada rezeki laki kita la, nak dapat surprise ni. Makanya malam tu, lin beli KFC bawa balik makan di rumah je. Adik ipar pula beli kek. Jadi la kan.... 

Sebenarnya lin dah niat nak hadiahkan handphone kat D. Hp dia langsung dah tak boleh on. Kesian kami, lama dah tak berhubung melalui whatsapp. Kalau nak info pun, guna email... Hahaha... Jadilah dari tak dapat berhubung kan. 

Untungnya lin ni, suami jenis bukan kaki gadget. Asal benda boleh pakai dia ok je. So, xde masalah la lin nak beli Hp. Beli smartphone murah2 je. Tu pun, kitorang beli kat Muar..  Sebab tak sempat beli masa besday dia ari tu.  Bajet nak beli Lenovo... Sekali, yang kitorang nak tu, xde. Tapi kitorang jumpa hp lg better dari Lenovo yang kitorang nak tu... Cuma harga dia lebih rm100. Ok lah... Berbaloi... 

Happy besday yang ke 32 ye, daddy. Moga terus sihat dan panjang umur. Ingat kan mommy dengan anak2. Murah rezeki untuk kita sekeluarga...

Love,
Allene 😘



Post a Comment

2 Comments

  1. xpela kalau tak mahal janji pemberian dan ingatan tu yang berharga hehe..

    ReplyDelete
  2. HAPPY BIRTHDAY..eh ada ke tel wassap RM100 ..murah sangat

    ReplyDelete