Berlari untuk Kebajikan

KUALA LUMPUR, DISEMBER 4, 2016 – Memasuki tahun keduanya, CP Group Malaysia dan rakan penganjur, Kedutaan Besar Diraja Thai di Malaysia telah melancarkan CP Charity Fund Run 2016 bagi menjana dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kalangan masyarakat. Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat CP Group Malaysia, beberapa badan kebajikan telah dipilih bagi memastikan agar pendanaan boleh menjangkau semua aspek komuniti kurang bernasib baik.





Badan kebajikan yang terlibat pada tahun ini adalah Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Negeri Perak dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PENYAKIN NS). Setiap badan kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM10,000 bagi membantu mereka menangani perbelanjaan harian, yuran penyelenggaraan dan kemudahan pendidikan bagi sejumlah 85 orang kanak-kanak dan 42 orang dewasa yang kurang upaya.

Acara CP Charity Fund Run telah berlangsung di Setia Eco Park, selaku penaja tempat utama, pada jam 6pg, hari Ahad, 4hb Disember. Terdapat dua kategori; larian ‘trail’ 8km bagi peserta berusia 13 tahun dan ke atas dan larian ceria 5km untuk peserta berusia 16 tahun dan ke atas. Setiap peserta telah menerima sebuah bag cenderahati yang merangkumi sehelai baju-T ‘dry fit’, sebuah pingat, sebuah bib angka dan sedikit makanan ringan.

Rakan minuman rasmi adalah F&N 100 Plus beserta penaja bersama lain seperti Kemin Industries Asia Pte Limited, MSIG Insurance (Malaysia) Bhd., AM Bank, Life Biopharma Sdn. Bhd., CIMB Bank, Multivac Pte Ltd dan RHB Insurance Bhd.


Larian ini telah dirasmikan oleh En. Pratan Jongpun, Presiden CP Group Malaysia, Cik. Sirinta Chantapan, Menteri dan Timbalan Ketua Misi daripada Kedutaan Besar Diraja Thai di Malaysia dan Naib Presiden Eksekutif SP Setia, Datuk Koe Peng Kang.

“Kami gembira dengan jumlah penyertaan tahun ini dan sifat dermawan orang ramai yang bersedia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di samping menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan memupuk semangat persaudaraan. Kami berdedikasi ke arah memastikan bahawa produk ayam yang selamat dan berkhasiat sampai ke kediaman anda dan segala produk yang dikeluarkan oleh CP Brand adalah berkualiti tinggi, termasuk aktiviti dan jerayawara yang kami rancangkan,” kata En. Pratan Jongpun.

Selaras dengan nilai korporat CP iaitu ‘Manfaat untuk negara, Manfaat untuk orang ramai dan Manfaat untuk syarikat’, CP Group Malaysia berpegang teguh kepada keupayaan untuk berubah, inovasi, integrity dan kejujuran dan prinsip-prinsip ini jelas nyata dalam amalan pertanian mereka daripada makanan yang dihasilkan hingga ke pandangan mereka terhadap komuniti.

CP Group Malaysia mengeluarkan ayam dan telur segar yang kaya dengan protein serta ayam goreng, sosej dan makanan sedia makan dan sebagai sebahagian daripada rancangan akan datang, mereka berhasrat untuk menekankan pembangunan teknologi hijau dan menjadi lebih mesra alam.

“Sebagai sebahagian daripada sumbangan, kami telah memulakan inisiatif CP Charity Fund Run bagi meningkatkan kesedaran ke atas nasib golongan kurang bernasib baik dan bagaimana kita boleh menambah nilai ke dalam kehidupan mereka. Kami juga mahu mewujudkan suasana yang memupuk hubungan kekeluargaan di samping bersuka ria,” tambah En. Pratan.

Sebuah Cabaran Boneka Pakaian telah berlangsung sebelum acara larian bermula dan selain daripada CP Charity Fund Run, juga terdapat aktiviti unik yang menarik minat golongan kanak-kanak dan dewasa. Sebuah bag lompatan dengan 2 platform; satu di 5.5m dan yang lebih mencabar di 8m dengan tempat mendarat yang lembut dan selamat untuk sesiapa yang berani menyahut cabaran lompatan tersebut.  


CP Charity Fund Run 2016 telah disertai oleh lebih 1,500 peserta dan CP Group Malaysia berharap banyak lagi acara sebegini dapat dianjurkan di tahun-tahun yang akan datang.

CP Malaysia terletak di PT 98, Jalan Senawang 4, Senawang Industrial Estate, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi CP Malaysia.
Tel: +606-678 2552 

laman web di http://cpbrand.com.my/
Media sosial @CPMalaysia @CPFundRun  


Post a Comment

2 Comments

  1. aktiviti begini sgt bagus utk membantu ramai dikalangan yg memerlukan.. teruskan lakukan aktiviti sebegini..

    ReplyDelete