Air jamu sireh - Wajib untuk ibu bersalin czer

Air jamu sireh
Assalamualaikum...

Lama dah mommylin nak share pasal air jamu sireh ni. Walaupun sekarang ni rasa macam tak percaya yang mommy boleh minum jamu... benda ni lah yang selalu mommy elak2 masa lepas bersalin. Takut tak sedap. Takut muntah lepas minum...

Budak dari czer
Fokus utama mommy amik air jamu sireh ni adalah untuk kebaikkan rahim. Dulu mommy pernah cerita pasal mommylin mengalami masalah rahim jatuh.

Rahim jatuh memang rasa sakit tau. Walaupun ada yang amik remeh hal ni, pada lin tak. Bahaya jika kita biarkan.

Berurut dan naikkan rahim 2x lin buat. Tapi lepas seminggu allah... sakit semula...

Macam yang bidan bagitahu mommylin. MommyLin czer, rahim lambat mengecut berbanding yang bersalin normal. Sebab rahim luka dan amik masa utk baik.

Tolak naik atas semula pun dia boleh turun. Kena kecutkan rahim baru boleh dia naik sendiri. Dan tak adalah rasa sakit lagi.

Sekarang dah masuk botol ke2 mommylin minum. Rasa air sireh ni sedap... jangan tak percaya. Yang penting masa minum tu jangan la sedut bau sireh tu. Minum je terus. Manis air ni sebab dah campur gula kabung.

Perbezaan yang lin dapat rasa...
Sakit pada bahagian rahim kurang. Badan pun cergas. Tenaga nak bekerja sampai
malam pun ada.

Rahim kita ni bila tak mengecut dia boleh masuk angin. Bila dah masuk angin masa tu lah terjadi nya kentut vagina. Yang ni sapa yang pernah kena tahu. Tak bestkan.

Dan bila bersama suami pun rasa tak selesa. Sebaiknya kita kena berusaha untuk jaga kesihatan rahim. Bukan untuk suami kita je. Tapi untuk diri sendiri. Sendiri rasa sihat. Sendiri rasa selesa...

Ok lah. Sharing simple dari lin. Mana yang tercari2 air jamu ni, korang boleh terus wasap no yang ada di pic botol air jamu tu.

Ok. See u soon.

Post a Comment

2 Comments

  1. takpernah minum air sireh ni lagi

    ReplyDelete
  2. jamu sireh tk pernah minum lagi.. jamu periuk selalu minum . bgus elak segugut hehe

    ReplyDelete