Kenapa aku pilih TYZARA


Assalamualaikum....


Sebelum ni kan... lin pernah share pasal shampoo Tyzara ni. Korang boleh baca kat entry ni ye... >>cara merawat rambut gugur<<

Rambut gugur kronik

Nak tahu tak... masalah rambut gugur selepas bersalin settle lepas guna shampoo ni. Bukan masalah rambut gugur je... kulit kepala gatal, kelemumur semua dah tak ada lagi.


Jom join contest Tyzara Shampoo

Masa tu, memang suka sangat cuci rambut. Hari2 cuci rambut. Wangi je... kulit kepala pula rasa segar tak gatal. Ini bukan dongeng tau... ini betul2... Bila sikat rambut dah tak ada lagi nak kutip rambut yang jatuh kat lantai. Lepas mandi, tengok floor trap pun clear je. Tak ada dah rambut tersangkut kat situ. Sebenarnya Lin paling malas kutip rambut dalam bilik air... rasa geli walaupum rambut sendiri... hahaha.. korang rasa macam tu tak ke Lin sorang je pengeli rambut yang gugur dan basah-basah tu?
Kenapa aku pilih Tyzara 
Cara merawat rambut gugur ni senang je dengan Tyzara Shampoo. Gunakan shampoo Tyzara setiap hari. Kalau ada masalah kronik, boleh guna sehari 2 kali. Kemudian pakai serum. Atau... korang boleh tengok video lin ni.
Tyzara shampoo boleh jadi tonik gak tau...


Bila pakai Tyzara shampoo ni, tengok TV duduk sebelah husband, mesti dia sibuk nak belai2 rambut. Kita pun rasa confident je, sebab rambut sentiasa wangi. Tak ada lah nak mengelak sebab rambut berbau. Malukan kalau husband komplen rambut berbau... huhu. Mesti hilang confident nak duduk rapat2 dengan suami. Dah tu... takkan nak bg orang lain duduk rapat dengan dia... hoho cari nahas tu!

Sebenarnya masih ramai yang amik remeh pada penjagaan rambut. Terutama pada yang bertudung. Bagi sesetengah orang, alahai...kan pakai tudung... bukan nampak pun. Awas ye korang....!

Tyzara Shampoo

Walaupun bertudung, pastikan rambut wangi! Orang sekeliling boleh bau kepala korang walaupun dah tutup dengan tudung. Sebagai seorang perempuan, kita ni kena pentingkan penampilan walaupun dadh ada anak 6. Walaupun seorang surirumah macam Lin.

Rambut wangi, kulit kepala segar, kita secara sendirinya rasa sangat yakin diri. Nak jumpa orang, nak bercakap dan berjalan, tak rasa segan2. Kecantikkan dari dalam akan terserlah pada luaran. Jadi, mari lah kita cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Pakai Tyzara Shampoo, insyaallah keyakinan tu terserlah. Senyum pun sampai telinga.

Penyesalan

Lepas semua masalah lin selesai... tak ada lagi rambut berbau, rambut keras kejung, (member lin panggil rambut yogurt sebab melekat2 huhu ) kulit kepala gatal dan kelemumur... lin pun stop kejap penggunaan Tyzara. Almaklum... lin surirumah je... bajet tu kadang2 selagi boleh jimat lin jimat. Konon dah ok kot rambut ni. Walaupun dalam hati ni rasa nak beli lagi.... huhu

Kemudian, lin pun pergi la beli shampoo biasa yang jual kat pasaraya. Sekali husband tanya...

" yang shampoo apa beli ni? Tak ada buih langsung... tak best pakai..."

" entah la... mommy tengok botol dia cantik... tu yang beli je... nanti dah habis boleh letak kat sink letak sabun cuci tangan..." 😃

" tak payah tunggu habislah... letak je sekarang..."

Hahah laki aku pun... kalau dah tak suka masa tu gak dia suruh buang. Nampak sangat nak suruh bini dia repeat order Tyzara... yelah... masa pakai Tyzara dia join sekali... dah habis siap tanya tak nak beli lagi ke??? Ye lah... dah order ni... 😣

Bila dah tahu ada masalah macam yang Lin cerita tu... cepat2 selesaikan tau. Tak payah pergi saloon. Beli je Tyzara Shampoo ni. Berbaloi berganda2. Harga jauh berbeza tau... percaya la cakap Lin. Mesti korang tak menyesal. Malah cakap terima kasih Lin... hahaha (confident level i dah naik lepas pakai Tyzara)

Lin dah order Tyzara Shampoo untuk kali kedua. Tak sabar nak nak pakai. Sekarang kalau beli Tyzara dapat serum sekali. Kira beli set terus. Kalau shampoo pasaraya tu korang kena beli shampoo, conditioner, dan 1 lagi tu hair cream kot nama dia. Memang malas la nak pakai banyak benda. Nak tepek banyak benda kat muka pun malas... ni kan pula rambut... betul tak? Kalau pakai Tyzara senang 2 step je. Shampoo dan serum. Dan terus rambut cantik dan sihat
Tyzara shampoo dan Serum

Mesti ramai lagi tak tahu pasal Tyzara Shampoo kan. Ok lin share sikit.

Apa itu Tyzara Shampoo

Tyzara ni adalah jenama Shampoo Rawat Rambut atau pun lebih dikenali dengan nama shampoo soya. Bunyi macam sedap je shampoo soya... tp jangan korang ingat boleh minum plak... hahaha... memasal tau!
Shampoo Soya 

Tyzara menggunakan bahan yg berkualiti tinggi seperti:

PROTIEN SOY- ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik).
dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita. 💪

PANAX GINSENG ROOT EXTRACT - menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru utk tumbuh.

MAJUS ROOT EXTRACT - memberikan vitamin pada akar rambut dan meNyahkan kotoran kulit kepala.

Bukti Tyzara Shampoo hebat

Ni ada sedikit testimoni lin nak share. Kalau tak cukup, korang boleh singgah ke chanel Telegram kat link yang lin bagi tu...

Testimoni  Tyzara 1 

Testimoni Tyzara 2

Testimoni Tyzara 3
Teruja tak baca testimoni ni? Apa lagi... jangan lupa beli. Kita kongsi benda baik dan yang terbaik untuk korang. Tak kan nak rambut cantik sorang2 kan...
Kenapa aku pilih Tyzara sebab Lin dah pakai dah memang inilah Shampoo yang terbaik dan sangat sesuai untuk wanita bertudung dan sesuai dengan cuaca di Malaysia ni.
Kalau nak lebih info, boleh dapatkan di link ni ye...
telegram.me/shampoosoya Atau Hotline : 019-5767697

Jangan lupa beli tau!

Sharing is Caring,
Allene a.k.a Mommylin

Post a Comment

3 Comments