kbba

Latest Posts

March bulan sibuk kami

By 4:16 PM

Hello march!!

Assalamualaikum... lama dah tak bersiaran. Kali ni mommy cuba bersiaran dari blogaway plak. Harap rajin dah nak update blog lepas ni. Asyik masuk draft je... acaner?? Sibuk mengalah menteri... eh... menteri sibuk yek? 😅 tak tahu tak pernah jadi menteri... 🙊


Bulan ni, bulan paling sibuk... mommylin macam biasalah...sibuk dengan produk biscute. Bertambah lagi dengan order2 agent yang kena siapkan cepat. Jualan makin laju... alhamdulillah... sampai tak tercapai dah nak buat semua.

Insyaallah dalam perancangan nak beli tool electronik... mana yang dapat jimat masa dan tenaga, harap pelaburan yang berbaloi.
Moga business biscute mommylin terus success... doakan mommylin ye. 😘

Bulan  ni juga ada majlis kahwin sepupu husband di Kota tinggi. Perjalanan jauh yang akan amik masa 1-2 hari juga tu... dah skip production time.. hihi... kalau boleh tak nak ganggu production... mommy kena cuba siapkan semua sebelum cuti ke sana.

Nexxxttttt weeknya pula... dah kena cuti production seminggu... huhu... ini tak boleh lari. Adik sendiri kahwin. Mak awal2 dah suruh balik puchong. Ermmm.. bertabah lah... moga ada rezeki lain menanti...

Ok lah... update warm up gitu!!

See u next entry!


Love,
Mommylin😘


You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers