kbba

Latest Posts

Tabiat anak tahan kencing dan kesannya

By 9:37 PM

Assalamualaikum...

Helo helo... kembali cerita anak2 pula. Fuhhh... bercinta sungguh nak update pasal anak sekarang. Kesian mereka... tak tahu cerita masa dorang2 kecik2... lagi2 si aydina... huhu... biani... comel mommy!

Mommy start potty train anak2 masa mereka umur 2 tahun atau 2 tahun setengah. Masa ni mereka dah pandai bercakap. So xjadi masalah dah.

Ada yang terkejut bila lin mula ajar terlalu awal. Awal ke? Huhu... kos hidup yang tinggi sekarang ni banyak benda yang mommy kena cut cost. Antara yang boleh di usahakan kos pampers lah kan... susu penting lagi untuk umur 2 tahun.


Alhamdulillah.. urusan potty train harris berjalan lancar. Walaupun banyak kali jadi singa mommynya... bukan senang kan... huhu

Tapi... masalah dia dari dulu hingga kini.. suka sangat tahan kencing. Dah hujung2 baru dok lompat2 jerit nak kencing.

Kadang tu dah basah seluar terkucil baru sibuk lari2 pergi tandas. Sampai sekarang.

Paling stress bila travel. Allahu... tetiba dalam kereta " mommy nak kencing... aduhhh...aduh..." tak ke ko pun sekali gelabah macam nak terkencing gak? Huhu berdebar hati ni tau!


Akibatnya... hari2 la mommy kena asingkan seluar harris dengan yang lain. Hari2 lah seluar harris la yang paling banyak kena basuh dan lipat.

Bila keluar berjalan... mommy kena standby pampers lebih. Bila dia buat drama dalam kereta terpaksa pakaikan pampers. Lagi2 bila mommy sorang yang kena handle 3 anak bertuah ni. Memang tak sanggup nak berlari2 ke tandas. Hafidh tak ada pula drama macam ni.

Jenis harris, dia tak suka tinggalkan benda yang dia buat. Atau tengah tengok tv dia tak nak tinggalkan cerita dia. Tahannnnnn lah kencing tu sampai dah terkucil baru berlari ke tandas.

Jenuh nak tegur nak marah. Sama juga. Pagi ni tengah memerut dia tetiba jerit dari luar sambil menangis dah terkencing. Padahal.. sebelum tu 3x suruh dia kencing. Tak mau... stress mak ko!

Korang ada tip tak? Anak lin yang ni memang pelik perangai dia... sakit jantung kadang ngadap perangai dia... huhu

Ok lah tata...

Mommy yang stress,
Mommylin


You Might Also Like

1 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers