kbba

Latest Posts

Harris Adeel 4 tahun - Sambut harijadi di Bulan puasa

By 8:35 PM

Harris Adeel turn 4

Assalamualaikum...

Hellooo... anak bujang no 2 dah 4 tahun dah. 30 may haritu genap dah dia.

Perangai sama juga... suka tahan2 kencing... huh!

Walaupun suka kencing... buat mommy basuh seluar berkilo2... mommy tetap sayang kat Harris...

Dah nama pun mak... mesti lah sayang anak. Tak kan tak sayang kan...


Selubung di siang hari
Tanpa bersalah masuk bakul
Denda
Main seat belt

Kaki Bodek, kaki perangai pelik

Istimewanya anak no 2, selalu orang kata UNIK. Unik macam mana tu??

Harris lebih manja, lebih bijak bercakap. Cara percakapan kadang tu macam orang dewasa. Sebutan dan lenggok ayat dia boleh buat orang selalu suka dengar apa yang di sampaikan...

Manja Harris pula, tak ada segan malu nak peluk mommy dan daddy depan orang. Bila buat salah, dia cepat2 nangis sebelum mommy buka suara. *huh*

Itu lah istimewa dan uniknya anak no 2 ni... sel otak terlebih berhubung ni. Kadang risau gak. Terlajak bijak ni... semua dia nak cuba.
Pernah dia main gunting, gunting rambut sendiri, gunting baju...
*mommy pasrah*

Antara hafidh dan harris... Harris lah anak yang selalu kena denda. Dulu yang pecahkan cermin kereta dia gak. Yang suka memanjat dia. Semuanya perangai pelik dia. Sebab tu bila kantoi dia memanjat pagar... mommy terus pekik... " panjat tinggi lagi... jangan turun.. kalau turun mommy rotan..." maka.. tergantung dan keras je lah dia kat pagar... haaa. Gitu cara denda harris.

Nak rotan memang lali budak ni nanti. Makanya denda sampai penat je lah. Lepas dah penat sangkut kat pagar... baru bg dia turun... kadang tu dia kena berlakon minta simpati mommy... " aduh... lenguhnya tangan oncong ni mommy..." *sambil goyang2kan tangan* atau "aduh... sakitnya kaki oncong... tengok ni.. dah merah dah.."
*sambil gotang2 kaki pula*


Iftar
Anak dara tak sabo makan dah
Small portion je

Sambutan Harijadi Harris Adeel yang simple

Di sebabkan bulan puasa masa sambut birthday Harris, kitorang pun sambut ala kadar je. Nak grand memang tak dapat lah anak2 oiii... mommy tak kerja. Mana yang mampu je mommy buat ye.

Siang tu daddy wasap mommy... " syg hari ni besday harris... syg belanja shellout ye..." *amboi ayat laki ku itu*. Huhu... bila mommy dah belanja berbuka puasa... daddy kena lah beli kek kan. Tak mo sepotong... tak puas makan. So daddy beli kek seketul walaupun kecil, puas lah makan. 2-3 hari boleh berulang.

Waktu berbuka memang singkat. Lagi2 berbuka di luar. So makan cepat2 terus balik rumah. Takut terlepas magrib. Lepas solat, baru lah kitorang potong kek. Semua bagi kerja sama baik. Aydina pun seronok. Siap main suap2 dengan abang dia. Pandai dah budak kocik ni.


Daddy
Kejam daddy amik pic mommy xnampak muka
Comel je
Ni 10x comel
Kesian anak dara

Tradisi keluarga kecil kami

Sesi potong memotong kek. Dah memang tradisi lepas nyanyi suap2 gitu.. sambil suap doakan si anak yang baik2.. *bonding sangat*

Simple je keknya.. lepas settle mommy sambung kerja baking biscute. Ohh bertabahlah... mlm pun mommy kena kerja *demi mencari rezeki*

Mommylin settle buat biscute awal pagi. 2/3 pagi masa tu. Lain semua dah masuk bilik. Tinggal mommy dan Aydina je. Tu pun sebab dia menyusu badan. Jenuh lah kalau sekejap2 kena naik atas kan. Jadi.. dia lah peneman mommy dikala malam sunyi itu... wuwuuuuu....


Harris dan Dina
Duta kecil BisCute

DOA untuk Harris Adeel

Harris lah meneman setia mommy setiap kali stay up packing biscute untuk agent. Siang mommy memang tak sempat nak mengadap kerja. Sibuk dengan rumah, masak amik dan hantar hafidh pergi sekolah. Jadi... malam je lah kerja mommy. Sekarang nak melayan media sosial pun mommy tak sempat. Teruk sangat sibuknya. Huhu... *baru jadi tukang jual biskut dah bz.. pm pun sempat update tweeter tau*

Moga anak mommy Muhammad Harris Adeel menjadi anak soleh... baik hati, berpelajaran dan berakhlak mulia. Taat pada orang tua, ibubapa dan guru ... dan di beri kesihatan yang baik. Mommy daddy love u sayang... *hug...hug...harris..*

Mommy harris,
Mommylin


You Might Also Like

3 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers