Ada apa dengan Traveloka di KL2017

Hai.. Assalam...! 


Sekarang ni, semua sibuk update pasal sukan kan. Jangan ingat dah jadi mak-mak ni dah tak heran pasal sukan. Masih lagi berminat tau... lagi lah kalau bab bola. Ada je kengkawan yang update berapa gol dah masuk setiap kali ada live bola di TV. hahah.... 

Kat rumah pun selalu je pasang siaran sukan. Almaklum suami mommylin tu memang peminat bola. Asal ada perlawana bola, bertabah la tak dapat tengok drama. Nasib baik mommylin ni bekerja dari rumah, boleh tengok drama ulangan. So, tak ada lah nak meroyan sangat . 
Traveloka di KL2017





Di sebabkan, aura SUKAN SEA 2017 yang tengah membuak buak ni, mommylin nak share satu info yang berkaitan dengan Traveloka dan KL2017. Apa kena dengan mereka berdua ini??? Haaa.. mesti ramai lagi yang tak perasan yang Traveloka adalah Official Online Travel Partner untuk KL2017. Traveloka juga adalah salah satu sponsor untuk KL2017.



Menangi hadiah bernilai RM200 000
Korang nak menang hadiah tak? Boleh lah ke Booth Traveloka di Bukit Jalil sempena KL2017 ni. Banyak peraduan-peraduan yang di adakan dan boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000 tau. Banyak ni, manalah tahu kot rezeki kan. Boleh kita gunakan untuk travel lagi. Syoknya lahhh..... 


Livestream page 
Untuk yang kaki online dan tak dapat tengok sukan yang diminati di TV, korang boleh livestream di travelokakl2017.com.my Tak payah dah nak terkejar kejar balik rumah tengok sukan di TV. Dalam kereta masa jem tu pun boleh layan. Tapi, yang duduk sebelah driver je lah. Yang memandu tu jangan memasal ye. hihhi... 

Dan istimewanya lagi, ada juga peraduan lagi yang disediakan di livestream page. Bukan tengok sukan je, menang dan dapat hadiah pun boleh. 



Hello Malaysia
Di page Traveloka juga berlangsung promosi hebat tau. Sempena KL2017 ni, pihak Traveloka menawarkan harga istimewa untuk korang. Boleh lah kita ambil peluang ni, untuk berjalan dan bersiar ke tempat-tempat menarik di Malaysia.  

Hotel dan Flight promosi sehinga 40%  dari 7 Ogos sehingga 31 Ogos ini. Tertakluk pada terma dan syarat. Untuk info lanjut boleh lah korang klik link ni. >>> Hello Malaysia 


Jom kita semarakkan semangat sukan, sempena SUKAN SEA 2017 ni.. Support lah atlit-atlit yang bertanding. Mommylin pun tengah semangat tak sabar untuk kita kaut sebanyak mungkin medal untuk KL2017 kali ni. Moga manfaat untuk korang.

Sekian. 

Xoxo, 
Mommylin

Post a Comment

1 Comments

  1. Bestnya kqaau dapat RM200,000, contest daripada Traveloka dan juga penaja untuk Sukan SEA2017.

    Malaysia boleh.... Bangkit semangat para atlet.

    ReplyDelete