kbba

Latest Posts

Lelaki tapi, kuat merajuk!

By 2:21 PM ,

Assalam... 

Hello... rajin sungguh mommylin update blog yek.. hahah. Sambil2 edit kerja tu, bukak blog sekejap kan. Singgah blog kawan2 mana yang masih sudi singgah blog mommylin walaupun sendu je rasa. Cerita2 basi je untuk santapan pembaca... 

Anyway.... (ecehh... bermula dengan speaking giteww) nak cerita ni. Perangai anak2 korang ada macam ni tak? Ya Allah... perangai dia ni, sangat...sangat... menguji tau tak? 




Hafidh Aryan

Allah... anak bujang sulong mommylin ni dah nak masuk 6 tahun lagi sebulan 2 ni. Tapi, perangai... makin besar makin menguji! Mungkin dia terasa mommy daddy dah tak sayang dia. Ye lah... baru setahun lebih dah dapat adik. Bila membesar semua kena share kan.... Lepas tu, dapat plak adik perempuan. Kelebihan anak perempuan ni, semua dia nak akan dapat. Abang2 wajib lah mengalah. Dan adik menang. Mungkin emosi ni lah yang menganggu Hafidh sampai berperangai macam ni. 


Kuat Merajuk 

Dia punya tahap merajuk tu, kalau keluar rumah, terus melekat kat railing tangga. Tak bergerak. Sebabnya... Harris turun dulu, atau daddy tak pegang tangan dia masa turun. Huh!! Daddy dia kalau turun memang selalu bawa barang banyak. Sampah lah. Tak pun stok biscute mommy untuk COD. Paling2 selalu pun dukong Aydina. 

Selalu sangat dia merajuk dengan benda2 remeh temeh ni. Paling stress bila mommy nak pergi shopping mall baru2 ni. Elok mommy jalan sambil dukong si Dina, bila toleh belakang tengok Hafidh dah tak bergerak.. elok melekat kat dinding dengan muka ketat dia tu. Fuhhh... 

Dok shopping mall memang tak boleh lama. Tuju je lah tempat yang di cari. Kalau jalan2 tu, lupakan je. Nak jalan gak, Daddy sila jaga anak2 dalam kereta. Haaa.. itu boleh... 

Menagih kasih orang 

Perangai yang paling memeningkan sekarang ni, dia suka sangat TAK NAK balik rumah bila pergi rumah orang. Haa... bab ni, memang mommy stress sikit. Yelah... takkan orang nak kata tak boleh.. mesti bila hafidh dan tinggal orang lagi ajak kan. Dan kami tahu hafidh punya perangai macam mana. Takut menyusahkan orang. 

Ni tahap, dah tinggal tak nak balik ko. Benci sangat ke dia duduk rumah? Tapi, mommy syak dia bosan. Yelah dah biasa sekolah... tapi, skrang dia belum mula sekolah semula. Mungkin sebab tu kot.

Kot lah kan... kalau ada sebab lain, mommy masih tak nampak puncanya lagi...

Mommy pun stress dengan perangai dia macam ni. Kadang tu, dapat gak tazkirah percuma dari mommy. Tapi biasalah... budak... entah dia faham entah tidak.

Setiap kali lepas solat, mommy mesti doakan untuk dia. Moga  lembut hati, sayang keluarga dan adik2. Menjadi abang dan anak soleh...


Sekarang ni, dia dah hari2 pergi rumah makwan. Jadi, keinginan nak tidur sana dah kurang. Walaupun kadang tu tak  nak balik rumah. Tapi, lepas pujuk dan cakap lembut2 campur bodek2... manja2 konon anak tunggal, baru dia dengar kata dan ikut balik... fuhhhh... mencabar tau!!

Moga anak2 mommy menjadi anak soleh dan solehah... tak mo noti2 ye... penat mommy nak layan... huhu

Mommy sayang semua,
Mommylin


You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. macam-macam karenah anak2 ni kan..tapi bila takde depan mata tulah yang datangnya rindu dengan karenah diorang ni

    ReplyDelete
  2. samalah dengan anak ema.yang sulung kadang-kadang tersa seperti dipinggirkan...

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki memang kuat merajuk kan? hehe

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers