kbba

Latest Posts

Rumah ketiga kami - Puchong

By 11:39 PM ,

Assalamualaikum...



Hello korang... lama dah tak menulis kisah peribadi untuk kongsi. Cerita peribadi untuk tatapan masa hadapan. Sharing dengan reader sikit2. Kot lah ada kes sama kan. Sharing is caring kan... ihih


Anyway... mommy menulis dari rumah baru a.k.a umah lama ni. huhu mungkin ada yang tak tahu, mommy telah berpindah dari Beranang ke Puchong. Sebenarnya rumah di Puchong ni, rumah lama keluarga kami. Lama sangat masa mommy zaman sekolah menengah. 13 tahun umur masa tu. Sekarang umur dah 31 tahun. Eh.. terbalik plak. heheh 


Rumah flat lama ni, mak mommy dah lama offer suruh duduk situ. Tapi, kami tak mo. Jauh kot kerja di Cheras. D plak kerja di Wangsamaju masa tu. Dan best alasan masa tu rumah ni tinggi tak larat nak panjat tangga hari2. Dan flat biasa nya tiada privasi. Baru kahwin mesti lah nak privasi lebih kan... :P 

Tapi, sejak beranak pinak ni. Kerja rumah terlalu banyak untuk rumah besar macam kat beranang. Letih wei... kemas atas bawah. Tak habis kerja. Nak pergi hantar anak  ke sekolah lagi. Buat cookies. 
Kalau rumah kecil, cepat sikit process mengemas. Dan memang selesa... tak pening nak menyusu atur perabot yang sikit ni. ihhihi

A post shared by BisCute by Mommylin (@allene_mommylin) on

Lepas kami setuju nak berpindah sini, maka kami maklumkan kepada penyewa di sini. Selesai rumah kosong, misi membaiki rumah yang entah apa nak jadi ni. Sampai tahap kami rasa nak cancel duduk sini wei... Allah... Teruk sangat rumah ni.

Operasi mengecat 

Lepas kami sekeluarga keluar berpindah Dari sini, rasanya langsung penyewa xbertukar. Kalau selalu bertukar, dah tentu keadaan tak seteruk ni. Lagi pun rumah flat ni lama dah... Macam-macam  masalah muncul. Tapi alhamdulillah banyak juga penyewa tolong baiki rumah sebelum keluar.


Cita2 mommy benonya nak reno tandas. Tandas tak boleh dibiarkan lama. Kena ada sentuhan baru. Tapi, apakan daya... Duit pergi arah lain dulu. Kitorang baiki apa yg mampu je dlu. Ada rezeki lain, baru reno sikit2. Lagi2 next year anak 2 org dah sekolah. Pening mommy!!

Now day sebulan tinggal sini. Alhamdulillah aman... Tak macam dulu... Riuh flat ni. Sekarang sama kekdah kondo gitu... Ko ko aku aku... Haha... Yang tak best cuma bangla jual karpet. Tetiba terpacak depan pintu umah. Hawauu betul. Sah Sah lah mommy tak bertudung kan. Tu kes tak bertudung. Buatnya baru lepas mandi? Harruuu... Dorang ni pakai pacak je intai dalam rumah. Geram...!!


Lain semua OK je... Business pun making maju. Dari 1 ran dah jadi 2 rak. Alhamdulillah. Now nak menabung beli oven baru plak.

Doakan mommylin ye... Moga kami terus sihat.. Murah rezeki lepas ni.

OK... Nanti mommylin share deko rumah flat plak yek. Reuse apa yang ada je... Non hado nak membeli. Baik beli baju sekolah anak hahah...



You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. Tahniah pindah rumah.. mujur penyewa lama Tu ok kan

    ReplyDelete
  2. wahh rzki jugak tu lin. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh nanti share deco2 ye,kita gak dok menyewa lagi tak de rezki lagi nak dapat rumah sendiri huhuu

    ReplyDelete
  4. Oh dah berpindah, mesti banyak benda yang nak direpair sana sini. Tak pa slow slow nanti siap lah tu

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers