kbba

Latest Posts

Tak sangka Mommylin dah sampai sini!

By 12:14 PM , , ,

Assalamualaikum... salam sejahtera... ~~




Nak share cerita dan nak coret kenangan manis ni. Tak sangka tau, BisCute dah berkembang macam ni sekali. Kalau difikirkan dulu, mommylin plan jual biscute ni hanya untuk menampung hutang2 yang masih tertunggak. Tak pernah fikir pasal sistem jualan ada agent, ada dropship ada outlet. TAK PERNAH langsung! 



Percaturan Allah sememangnya indah dan terbaik. Kalau dulu mommylin hanya merancang jual biscute ikut order dari customer. Mean Isnin orang order sebotol atau 2 botol, malam tu, baru nak baking... kira gitu lah perancangannya. Tapi, rezeki... bulan pertama jualan je dah ada dropship. Ajaib dan indahnya lin tak pernah pun post pape untuk cari dropship. Tapi, ada yang berminat. REZEKI sungguhkan. 


Dugaan menjual secara online

Alhamdulillah... droship tu hebat sangat. Seminggu kadang boleh order 10 jar biscute masa tu. Tapi, produk Biscute masih baru lagi, jadi... banyak masalah timbul sikit demi sedikit. Masa ni, rasa nak menonggeng stressnya. Setiap kali solat, doa.. supaya biscute sampai pada customer selamat. Tapi tetap hadapi masalah sama. HANCUR.  Sedih wei... penat peluh2 buat biscute. Tapi, bila sampai hancur. Kesian customer... excited nak bagi anak makan. Tapi... hampaa... bukan mereka je hampa. Mommylin pun. Dan kerugian tu, tak payah cerita lah... dah berapa banyak dah asyik ganti je. 

Fikir... fikir... akhirnya D bagi cadangan. Dan sehingga sekarang... BisCute dah tak pernah hancur setiap kali pos. LEGA. Dan sekarang ramai pilih biscute, bukan hanya sekadar rasa BisCute yang sedap dan lazat tu. Tapi, ciri2 bungkusan yang mudah untuk bawa travel. Itu antara ramai customer mommylin puji. 

Berkembang lagi!

Dan setelah setahun lebih mommylin menjadi suri rumah merangkap bekerja dari rumah ni, mommylin dah ada 3 STOKIS 13 AGENT yang aktif dan 14 OUTLET (walk in) . Alhamdulillah... Untuk dropship lin buka pada agent2. Bagi memudahkan agent mengaut lebih banyak sales. 

Sistem agent mommylin ni, lebih santai. Jika ada ilmu, mommylin akan share dengan stokis dan agent. Tiada paksaan atau tetapan sales yang perlu ada setiap bulan. Biarlah mereka belajar berniaga secara santai dan ikhlas. Dan setiap 3 bulan, mommylin akan beri reward pada agent yang mempunyai sale TERBANYAK dan Sale tahunan sebanyak 200jar akan dapat EMAS. 

Seronokkan berniaga? Kalau ada yang berminat untuk menjadi agent BCbM boleh click link wasap mommylin ni ye... boleh chitchat nak tanya pasal produk. Untuk yang baru berlajar berniaga, boleh wasap mommylin secara peribadi. Insyaallah mommylin boleh bantu sedaya mungkin. Cuma perlu rajin!  www.wasap.my/60183587660 

Senarai OUTLET

Ok, di kesempatan meng'update' blog ni, mommylin nak share outlet2 yang ada. Boleh lah mommy daddy yang jauh2 tu terus walk in ke kedai2 ni. Terus boleh beli... 

BCbM - Pantai Dalam 

BCbM - Cheras 

BCbM - Ampang 

BCbM - Bangi
BCbM - Bandar Saujana Putra 

BCbM - Denai Alam

BCbM - Melaka 

BCbM - N.9

BCbM - KL 

BCbM - Temerloh 

BCbM - Temerloh 

BCbM - Ukay Perdana 

BCbM - Cheras 

BCbM - Sungai Besi 

BCbM - Perak 

Bagi mommy daddy yang urgent nak dapatkan produk biscute, boleh lah ke kedai2 yang ada di atas ni. Sambil beli tu, cuci2 mata pilih macam2 yang ada.... Mudah!! 

Ok... jumpa lagi di nexxxxttt bebelan mommylin 



Love, 
mommylin 

You Might Also Like

5 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers