kbba

Latest Posts

Selamat tinggal 2017 - mommylin.com

By 8:37 PM

Assalamualaikum...



Fuhhh...sempat juga menulis dipenghujung 2017 ni, Niat hati, nak jenjalan tengok bunga api... santai-santai dengan keluarga. Apakan daya, tak ada orang sudi bawa. Nak bawa diri sendiri fikir gak, takkan nak tinggal anak pula. Nanti ada kata tak sedar diri... Makkaaa... makan hati je lah duduk mengadap laptop malam tahun baru ni ye.




Pencapaian 2017

Tak ada banyak cerita menarik. Tiada kelahiran atau tiada berita gembira nak kongsi dengan orang. Semuanya biasa-biasa sahaja. Cuma, kehidupan sebagai seorang suri rumah makan stabil. Tak bergolak bergoncang macam tahun sebelumnya. Mommylin semakin pandai merancang kehidupan. Biar pun kehidupan kita pahit, tapi bila kena pada ramuan dan adunan, boleh menjadi manis. So, kita yang lalui, kita yang tempuh, InsyaAllah semuanya sebaik perancangannya. 

Business tahun ni, sangat lah memberangsangkan. Alhamdulillah semakin baik dan meningkat. Walaupun tak keluar TV, surat khabar atau majalah, semuanya baik-baik sahaja. InsyAllah perancang 2017 mommylin nak lebihkan marketing sikit, dan nak cari pembantu tetap kalau boleh InsyaAllah doakan ye. 

Sale sangat mengejut kan. Walaupun sebulan tak sampai 10K, tapi dah boleh capai tahap gaji semasa mommylin berhenti kerja dahulu. Bagus kan? walaupun lambat, tak pe... penantian tu sesuatu yang manis juga. Walaupun dulu orang kata, " ko nak jual ayam ke?" tak pe! tak kesah ayam ke biskut... ciskut ke, itu lah diri kita. Dari bekerja tak ada keikhlasan, tak ada berkat, biarlah kita lakukan sesuatu yang kita suka dan mohonlah keberkatan dariNya. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja. 

Keluarga

Belum ada perancangan untuk menambah ahli keluarga, so far selesa dengan anak 3 orang ni. 2 orang bakal bersekolah pada 2018. Fuhhh... lap peluh lah mommylin nak menguruskan anak-anak. Yang sikecil masih menyusu badan. Dan mommylin rancang nak berhentikan pada Febuari nanti. Sebab dia dah 2 tahun. Cuma, rasanya mungkin akan makan masa sedikit. Tapi, tak pe... kita follow the flow.. mana yang terbaik mommylin ikut sahaja. 

Selepas berpindah dari Beranang ke Puchong, kehidupan lebih selesa walaupun rumah sempit. Tak banyak masa yang mommylin gunakan untuk mengemas. Jimat masa tau! Jiran ok! cuma kadang tu budak bising masa anak-anak mommylin tidur tu memang mengganggu. Harap bila musim dah sekolah nanti tak ada lah melepak dan bising. Tak pasal mommylin jadi naga kang... 

Perancangan

Nak kongsi apa perancangan mommylin untuk 2018 ni, macam segan je oitt.. takut tak tercapai nanti. Wat malu. Tapi, bila difikirkan semula... tak salah kita merancang dan berkongsi kan. Dari angan-angan baru lah menjadi kenyataan. Yeker? hihi 

Pertama sekali, mestilah mommylin nak stabilkan lagi business BCbM ni. Nak tingkatkan sale ofkos. Nak lebih ramai stokis dan agent. Nak lebih ramai orang kenali biscute dan beralih dari biskut-biskut manis di pasaran ke biscute. Nak keluarkan produk baru InsyaAllah paling lewat bulan 3. Masih dalam RND. Misi membeli Oven baru, walaupun oven lama ok lagi, rasanya kena juga standby oven lain. Memasal je nanti. Risau ok! 

Saving! rasanya dah boleh buat saving dah dari hasil Biscute. Sebab sebelum ni, duit banyak rolling pada marketing dan modal. Almaklum dulu mommylin mula business modal RM200 sahaja oittt... Korang rasa macam mana mommylin handle? huhuhu sangat struggle. Saving untuk diri sendiri dan paksa husband saving untuk anak-anak... hahah (bijak kan) 

Yang lain nya tentulah impian dan harapan dari segi rohaniah. Solat dhuha tanpa tinggal. Surah Al-mulk, Al-waqiah dan Al- khafi tanpa tinggal. Dan mengaji selepas magrib. Moga segalanya istiqomah. Umur dah masuk 32 tahun, entah panjang entah tidak. Takut sangat... moga cukup bekalan untuk di alam kubur dan alam akhirat nanti. 

Ok lah korang, nak update kerja sikit sebelum 2017 tutup tirai. Assalamualaikum.. moga korang berjaya dengan azam 2018 ok. Bubbye... 


MommyLOVE, 
mommylin

You Might Also Like

2 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers