kbba

Latest Posts

Dapat panggilan anak hilang di sekolah

By 7:30 AM , , , , ,

Assalamulaikum...



Fuhhhh... debar mommylin tak hilang lagi ni. 3hb Jan 2018, anak-anak bujang mommylin hari pertama sekolah. Mommylin masukkan dorang di PASTI je. Tak mampu nak hantar sekolah mahal, ni pun terkemut-kemut nak bayar deposit sekolah 2 beradik ni. 



- Rutin baru -

Untuk pertama kalinya Arris bersekolah, maka bangun pagi sangat susah untuk dia. Abang dia Aryan tu senang je, bangun terus mandi. Tapi dengan Arris nak kena kerah lebih. D siap masakkan air panas untuk dorang mandi. Almaklum tak ada water heater. Hahaha olds school sangat kan. 

D tolong siapkan anak-anak, sementara mommylin siapkan minuman dorang. Sempat  buat air coklat dugro dumex je dengan makan kismis seorang makan 7 biji. Harap dapat cergaskan dorang pagi tu. 

Lepas D hantar anak-anak dan pergi kerja, tinggallah mommylin berdua dengan anak dara seorang ni. Kitorang santai-santai sarapan biskut dengan coklat. Selesai makan, operasi kemas rumah dan masak tengahari. Dah selesai baru lah pergi amik anak-anak pula.

-Panggilan itu-


Belum sempat masak, dapat panggilan dari D. 
" sayang... aryan hilang, tak ada kat sekolah.." serius mommylin speechless masa tu. Dok hadam macam mana dia boleh hilang. Baru pukul 9 lebih masa tu. Cuak sangat masa tu. Tapi, tak boleh nak buat apa. Sebab tengah susu Aydina. Kalau tak, memang terus cabut pergi sekolah dia. 

Selesai susukan Aydina, D call semula, cikgu bagitahu Aryan ada....!!! Grrrr... macam nak pengsan!!! 

Kesahnya, cikgu pangil nama dia banyak kali tapi dia tak menyahut. Banyak kali! Terus cikgu call mak wan (sekolah tu dekat dengan rumah mak wan dan cikgu tu jiran belakang rumah mak wan) mak wan siap suruh cikgu panggil boboi... (nama manja mak wan panggil Aryan) tapi tak menyahut gak. 

Lepas dah jumpa tu, baru lah cikgu call semula kata dia ada senyap je... fuhhh.fuhhh... (urut dada nak oiii)

-Pengajaran-

Tahun lepas bila mommylin dengan D excited nak tengok anak kat sekolah tak boleh. Yang boleh hantar dan balik sahaja. " Ibubapa tak dibenarkan menunggu". Cikgu siap tampal notis macam tu. So, tahun ni tahun kedua untuk Aryan, patut tak ada masalah lah. Memang kitorang tak tunggu pun budak-budak ni. Hantar dan amik je. Tapi, ini pula jadi. 

Bukan tak ajar anak nama sendiri. Dia pun tahu. Tapi, entah perangai apa datang buat dia senyapkan diri. Mungkin tak biasa dengan kawan-kawan baru. 
Macam-macam hal lah anak-anak ni weiii... 

Moga cerita ni, jadi kenangan untuk MHA. Bila korang baca nanti, jangan gelak... pening tau mommy huhuh... berlajar rajin-rajin nakkkk..!

mommyLOVE, 
mommylin...

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. salam ziarah & follow kat sini,,

    ya Allah nasib baik la dia ada...nebes jer baca,, semoga dilindungi semua family kita..amin2

    ReplyDelete
  2. berderau abes kan bile dengar berita macam tu..

    ReplyDelete
  3. Memang berdebar lah dapat panggilan cenggitu , fuhh kuss semangat

    ReplyDelete
  4. iye..
    saye pon baru terfikir nak ajar anak nama dia sendiri..sebab sebelum ni panggil dia KAKAK je..

    sebulan sebelum dia skola, saje tany, "nama kakak siapa?.." .. dia jawab KAKAK..

    ah parah..

    dah la dia pelat..
    nak sebut nama sendiri pon, takot cikgu tak paham..

    ReplyDelete
  5. memang berderau juga la kalau dengar anak hilang . huhuhu... walaupun salah pahamje.. cuak juga

    ReplyDelete
  6. Kalau dengar anak hilang tu macam luruh jantung kan. Nauzubillah

    ReplyDelete
  7. uishh klau kita pun debar..pernh ank saudara hilang juga rupanya dekt kelas..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers