kbba

Latest Posts

Sambutan hari jadi Aydina dan Aryan - Simple dan Bajet

By 8:00 AM , , ,

Assalamualaikum... hallllloooo!



Ku gagahkan diri update lagi...hihi.. anyway... my anak dara turn 2 dah. Cepat sangat dia besar. Sebab mommy selalu doa biar dia besar boleh main dengan abang-abang. Kalau tak asyik lah melekap dengan mommy. Sampai mommy nak uli tepung pun dia kat pangku... apakahh?? 





Perancangan saat akhir 

Gitu bahasa melayu punya ayat hihihi... seriously mommy memang berniat nak sambut besday Aydina tahun ni. Sebab tahun lepas mommy tak ada bajet...huhu... jadi, tahun ni kena juga buat. Baru lah adil dan saksama gitu... abang-abang masa umur setahun kan sambut meriah.. jadi aydina pun kena lah meriah juga. Walaupun simple! 

Mulanya nak sambut di restoran. Tapi, mommy bizi sangat... makanya nak booking, nak survey semua memang tak ada masa. Jadi, atas saranan boss besar mommy... jadi lah sambut besday di rumah atas angin tu.




Tetamu memang tak ramai. Cadangnya nak ajak family lin dan D je. Tapi, segan pula kalau tak ajak jiran. Kemudian adalah sorang dua kawan yang lama dah tak jumpa. Itu je. 

Bukanlah niat tak nak ajak yang lain. Cuma nak bonding time dengan tetamu tu.. kalau boleh nak lah borak... citcat lama2 kan... kalau ramai mesti tak sempat sangat nak borak2. Dah tu, rumah pun kecik je. Mana lah boleh ramai2 sah2 yang dah datang tu makan cepat2 pastu balik.






Simple deko dari Mr.Diy 

Yeah... mommy ada update cerita deki sikit di instagram. Bajet giler lah beli kat sini. Dah lah  banyak pilihan. Memang lama gak berdiri memilih apa yang nak beli. Macam2 ada. Menyesal tak snap gambar untuk korang tengok. Huhu...



Barang yang mommy beli perkataan HAPPY BIRTHDAY , banner segi 3 tu, dan baloom warna2. Nak beli topi macam kejap je pakai bebudak ni nanti. So, cukup tu je lah. Ada macam2 design tau. Korang boleh pilih nak tema apa. Paling mudah ikut warna tema korang. Macam mommy tema frozen dan Roy robocar poli tu.

Kek tema cantik dan harga berpatutan

Nak cakap kek ni murah pada lin memang dah murah sangat kalau nak di bandingkan dengan bahan-bahan nak buat kek... kussss semangat harganya... Almaklumlah kita pun dah selalu keluar masuk kedai bahan kek ni, memang nangis tengok harga. Di tambahkan pula dengan seni yang tiada nilainya haruslah sangat berbaloi.




Cantik kan kek tema ni. Boleh pula lin request nak buatt 2 muka macam ni. Almaklum... zaman berjimat cermat. ihhihi....

Harga kek macam lin ni, lebih kurang RM100 lah kot. Sebab baker ni lin kenal dari zaman study. Dan dah biasa beli kek dengan kak gee ni. Seronok tengok kek cantik-cantik macam ni. Dah tua-tua ni mana lah nak makan kek sangat. Tapi beli kek suka.. sebab seni tu tak semua orang ada. Tapi kan... kerja-kerja seni dari bekas pelajar ID ni, memang tiptop dan sangat puas hati.



Nah.. mommy belanja gambar dari IG velvet house...

Terima kasih daun keladi...

Sudi-sudilah datang lagi. Terima kasih sangat-sangat pada tetamu mak ayah, linda dan suami, pak uda mak uda, jiran  tetangga, ipar duai, kawan blogger Dyatie dan kawan ID Qistina. Tak ramai tapi terasa meriahnya. Terima kasih atas hadiah-hadiah dan duit belanja besday boy dan girl hari tu.



Tak dapat nak tangkap gambar semua hadiah sebab tak sabar sangat budak-budak ni nak buka.



Belum tukar baju dah sibuk main masak-masak...




Tq ye semua. Hafidh Aryan dan Aydina Nufayla suka... Insyaallah nanti ada rezeki lagi kita buat besday abang Harris pula... *mommy nak join sekali boleh tak? ihihhihi* 

Korang nak cari doorgift yang menarik? Boleh singgah di sini k... Banyak doorgift yang menarik menanti!

https://reemdoorgift.com/


Sekian...

MommyLove,
mommylin 

You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. Wah...meriahnya.. Happy belated birthday Aydian & Aryan. Semoga membesar menjadi anak yang baik.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kek, semoga membesar dengan sihat ye

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t
    Tumpang lalu ye tuan/puan.

    Kami dari Glowing Party House(GPH) menjual pelbagai barangan parti secara retail dan borong. Selain itu, kami juga menerima tempahan untuk membuat dekorasi belon sempena majlis harijadi dan majlis-majlis tertentu seperti:
    - Sambutan Hari Raya Aidilfitri
    - Hari Graduasi
    - Anniversary
    - Majlis Perasmian
    - Majlis Persaraan

    Bukan itu sahaja, GPH juga menjual barangan seperti:
    - Belon Helium
    - Sand Art
    - Party Items
    - Inflatable
    - Clown Service

    GPH merupakan syarikat yang dikendalikan 100% oleh bumiputera.

    Tuan/puan berminat untuk membuat sebarang tempahan untuk dekorasi belon atau ingin membeli barangan parti yang berpatutan?
    Sila hubungi outlet GPH atau walk in.

    GLOWING PARTY HOUSE

    Bangi Sentral Outlet
    6-33-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral.
    Behind Zawara and same row with Felinna Boutique.
    ☎ 0389122915
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    Reko Sentral Outlet
    17G Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral Kajang.
    Same row with Econsave Jalan Reko.
    ☎ 0387414445
    ⏰ Daily from 10am-8pm.

    The Main Place Mall Outlet
    2F-30, Level 2, The Main Place Mall USJ21 Subang.
    ☎ 0380207681
    ⏰ Daily from 10am-10pm.

    Wholesale Warehouse Glowtex
    38 & 38A, Jln 1/8, Seksyen 1, Bdr Teknologi Kajang.
    ☎ 0387256165

    untuk sebarang sample, boleh layari
    FB: https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse/

    website :
    https://www.glowtexballoon.com/
    http://www.glowingpartyhouse.com/


    #GlowingParty™
    #Glowtex™
    #PartyBorongSakan

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers