Sarapan di Ali Muthu dan Ah Hock

Assalamualaikum...


Wahhh bersiaran kembali mommylin ni. Almaklum... tangan ada dua je... sibuk dok uli tepung, tak dan nak on laptop buat kerja. Moga kelapangan hari ni, membuahkan pelbagai idea untuk menulis... gituuuu... 




Nak share ni, tempat sarapan yang sangat menarik. Korang yang jauh2 datang sarapan kat sini boleh lah "brunch" sekali. Sebab makanan di sini portion dia besar tau. Memang kenyang makan sepinggan tu. 

Masa mommylin nak datang sini, memang dah set dalam mind nak order makanan pelbagai jenis. Sebab boleh tukar2 dengan suami dan anak2. Oh yeee kebetulan mass pergi tu, 27 Januari birthday abam Aryan tu. Kira berlanja dia lah tu. Diakan suka makan. 


Cawangan Kuala Lumpur 

Ok, kami pergi hari tu, di cawangan KL. Tak tahu pun ada juga cawangan kedai ni di Ara Damansara. Pfffttt. Kalau tahu, memang pergi situ je. Dekat sikit. Tak do lah nak drive jauh2 masuk KL. Tapi, yang bestnya cawangan KL ni, sebelah kedai makan ni ada kedai accesseries. Ya ammmpunnnn seronok shopping aksesori orang perempuan dalam tu. Paling banyak Aydina punya lah. Excited.. anak perempuan sorang. Lagi pun leh share2 dengan mommy kan.. bijak kan? Hahah 

Menu menarik 

Menu di kedai ni memang menarik... makanan melayu, memang terbaik. Makanan cina rasa nasi ayam hainan kot. Menu India tak perasan.. huhu mata dah nampak makanan melayu memang tak tengok dah menu lain. 

Mommy order Soto nasi impit, D pula mee revus besday boy nasi lemak ayam rendang menu paling mahal.. pffftt pandai pula dia pilih. Huhu... Harris set roti bakar ada roti dan telur separuh masak. Memang dia suka sangat ni. 



Rasa makanan yang penuh rempah

Nak kata selera mommylin ni cerewet sangat tak gak. Boleh je makan tanpa mengomen kan. Tapi, soto nasi impit ni memang sangat ohsem... rasa rempah dia fuhhhhlamakkk mengoda. Oiit tengah type pum kecur air liur... srluuppp... 

Mee rebus pula mommy tak rasa tapi D kata sedap pekat kuah dia. Terasa udang dalam kuah tu. Mommy tak mo rasa nanti rasa soto sedap hilang.. hahaha 

Oh ye.. korang kalau datang yang cawangan KL ni, parking kalau mahal cari je tempat lain. Masa kitorang datang aritu parking rm40 per entry. Gilerrr lah. Nak g makan je. Dia kata ada konsert. Grrrrrr... terus kitorang cari tempat lain. Ada je parking lain. Baca doa makan banyak2... jangan gelak.. tak caya cuba lahhh. 

Ok bubyeee...

MommyLove,
Mommylin... 

Post a Comment

1 Comments

  1. SA suka sarapan kat sini biasa dengan cik abang makan kat area Ara Damansara..paling suka mee udang dia..yummy

    ReplyDelete