Kes Viral di FB - Allah nak tegur kita semua

Assalamualaikum... 


Helloooo Mommylin bersiaran buat julung kalinya... heheh. Terpanggil untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai kes yang mommy terbaca pagi tadi. Allahu mengigil tangan pegang hp bila terbaca "Bayi Perempuan Maut Tertinggal Dalam Kereta". Rasa macam kena tegur! Allah kejut mommy... moga beringat... ingat! sebab mommy selalu berdua kehulu kehilir berdua dengan Aydina. 




ALLAH TEGUR KITA

Tanpa kita sedar, di setiap kejadian Allah bukan sahaja menegur si mangsa dan keluarga, tapi kita semua... semua hambanya. Allah tegur kita melalui orang lain. Cuma, teguran cara lain. 

Mungkin kita selalu lalai yang jenis laju je setiap kali keluar dari kereta. Lepas kejadian ni, kita mula jadikan tabiat memeriksa kereta sebelum keluar. 

Mungkin kita jenis marah2 anak, Allah nak tegur, sayang dan berlembutlah dengan anak selagi ada masa, sebelum ajal menjemput anak. Jodoh, ajal, maut kita tak tahu bila. 

Mungkin juga Allah nak tegur, atau nak uji kita... bagaimana riaksi kita dengan kejadian ni, nak memaki, mencaci atau amik iktibar... 

Kita semuanya sekarang ni, sedang di uji. Bukan mangsa sahaja yang tengah di uji. Tetapi kita semua. 



Jangan tambah dosa dengan komen negetive

Memang rasa nak marah... nak salahkan si penyebab... segala-galanya lah. Tapi! siapa kita nak menghukum... Benda dah jadi. Kita sebagai masyarat amik iktibar, fikirkan kenapa ianya terjadi. Apa puncanya, bukan amik kesah dalam menyalahkan si ibu atau bapa, tapi, cari punca masalah dan berdoa moga Allah lindungi kita dan keluarga dari terjadi perkara sebegitu. 

Ni, kita sibuk dok kata "mak makan banyak sangat semut sampai anak sendiri lupa..." Allahu... mommy baca komen tu rasa nak marah pun ada. Kita manusia... kalau Allah nak tarik ingatan kita seminit dua untuk lupa kan anak tu, bila2 je boleh. Sebab tu, bila ada musibah macam ni, kita sebagai hamba Allah... kena banyak2 beristigfar... doa moga Allah permudahkan urusan kita. Moga Allah jauhi kita dari perkara yang tak di ingini. 

Bukan sibuk dok jaja cerita itu lah makkk.. itu la... bla..bla.... JANGAN! Kita komen yang baik2 doa yang baik2 moga kita tak terjadi seperti tu. Ni... komen dasat2 sampai ada yang komen dan sentuh isu agama. Bab agama, kalau tak cukup ilmu tak perlu lah nak bahas, buat tambah dosa kering je. 



Moga Allah permudahkan urusan mereka

Kadang2 benda terjadi tanpa kita duga, tanpa kita sedar. Mungkin Allah nak gantikan keluarga tu sesuatu yang lebih baik. Ingatlah.. Allah sebaik-baik perancang. Percaya dan yakin dengan Allah. Moga si Ibu kuat. Jangan lah kita menyalahkannya... mungkin dia tertekan dengan kerja dan kesibukkan sebagai ibu. Jangan kita dok menambah nambah lagi sedih dan peritnya dia dengan komen2 yang bakal berbalik kepada kita pula nanti suatu hari. 

Letakkan diri kita sekejap di tempatnya... kita orang luar semua menyalahkan dia... keluarga lagi.. jiran dia lagi... murung tak? dah lah kehilangan anak dengan cara tu... cukup lah bebankan dia dengan kata2 macam tu. Doakan dari jauh.. moga Allah permudahkan urusannya dan moga Allah jauhkan kita semua mendapat nasib seperti itu. 

Ingat... komen baik2.. fikir baik2... 


MommyEmo,
mommylin

Post a Comment

7 Comments

  1. sedih sangat baca berita tu...tp geram baca komen netizen salahkan mak dia.. mmg ni mungkin kes kecuaian tapi mana ade mak yang nak anaknya mati terseksa kepanasan 4 jam dalam tu... sebab tu baca jer berita tu..tp x berani nak komen pape...takut mende yg kita cakap tu berbalik pada keluarga kita sendiri satu hari nnt,..

    betul cam sis cakap..Allah nak tegur kita melalui "musibah" yang dia berikan pada ibu tersebut...ckp yg baiki2, doa yang baik2... mintak dijauhkan dari semua tu..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Tak suka amal komen negatif sejak dlu lagi...tak tau la kenapa ramai yang suka menyalahkan...kdg2 mereka terlupa nak tgk diri sendiri...baik telek diri dulu.

    ReplyDelete
  3. Allahu...semoga Allah lindungi anak2 kita

    ReplyDelete
  4. peringatan buat semua, kadang mak ayah banyak perkara nak fiir, memang boleh lupa dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Betul..jgn dikecam..sesiapa pun berisiko..moga yg lain terus beringat.

    ReplyDelete
  6. sedih, bila teringat anak syurga tu. Tapi kifarah kita allah beri. dan tarik semula.

    ReplyDelete
  7. Allahu Akbar. Adalah mesej yg Dia nak sampaikan.
    Sedih dgn berita tu. Moga si Ibu tu tabah la harungi hari2 tanpa si manja di sisi.

    ReplyDelete