Mati dan Hidup semula selepas Ribut

Assalam....


Terasa ketakutan dan debaran yang tiada penghujung setiap kali mommylin teringat peristiwa ribut beberapa sebulan yang lepas. Walaupun dah berlalu, tapi bila di fikirkan semula... kalaulah pokok tu mengena betul-betul di kereta mommylin masa tu, tak tahu lah... hidup ke mati......

A post shared by BisCute by Mommylin (@allene_mommylin) on



Mujur tak bawa anak

Macam hari2 biasa, mommy akan pergi amik iman dalam pukul 3petang. Kebetulan hari tu, mommy gerak awal. Pukul 2:45 petang dah gerak amik Iman di sekolah dia. Sebab malas nak balik rumah semula. Lagi 15 minit je pun. Kalau balik mesti masa ni, Aydina terjaga dan nak mengikut. So, mommy tinggalkan je lah dia sekejap di rumah mak wan. Selalu memang mommy akan bawa Dina, sebab dia bila terjaga mesti akan menangis cari mommy. Mommy takkan lah dia kacau budak2 lain kalau menangis je. Tapi itu lah kuasa Allah. Mommy boleh pula tinggalkan dia.

Hikmah masa

Mommy memang jenis yang suka datang awal masa amik Iman. Senang nak parking. Kawasan sekolah, faham2 je lah. Sesak kereta mak bapak. Bila datang awal, parking dan tunggu je lah Iman sampai. Tak susah pun...

Kebetulan haritu mommy sampai awal. Memang tak ada langsung kereta. Dan hujan pula makin lebat. Mommy masa tu tengah buat story video diFB. Video pokok yang melambai2 seakan2 nak tumbang. Seram je tengok. Sekali bila mommy stop video je, pokok depan kereta mommy terus tumbang. Macam tu je.

Masa tu, mommy dah jerit2 Allahu Akbar... Allahu Akbar.... tak henti2. Panikkk! Tak tahu nak buat apa. Rasa pokok tu akan tumbang ke kepala mommy je. (mommy dalam kereta masa ni). Tapi, syukur, ngam2 depan kereta dia tumbang.

Lepas pokok jatuh terus call D. Nangis2 masa tu, tak tahu nak buat apa. Ingat laki je lah. Dosa banyak ngan laki masa tu hahahha.... sebenarnya mommy tak tahu apa patut buat. nak balik, sepanjang jalan tu pokok tumbang. memang stack kat situ je. Nak keluar hujan lebat sangat. Takut ribut nanti payung dengan tuan payung pun terbang sekali. arrgghhh.... scary sangat masa tu.

Tapi itulah. Setiap kejadian ada hikmahnya. Kalau mommy sampai lewat, mungkin pokok akan tumbang masa mommy tengah memandu. Lagi tak dapat nak bayangkan takutnya masa tu. Kejadian bencana alam sangat menakutkan. Terus teringat kiamat. Macam mana lah keadaan masa tu nanti... Allahhh... tak terbayang. Patut lah ustazah masa belajar dulu kata doalah kita mati sebelum kiamat. Sebab keadaan kiamat sangat dasyat.

Video sebelum kejadian.

A post shared by BisCute by Mommylin (@allene_mommylin) on


Video selepas kejadian




Allah hantar penyelamat

Dalam keadaan hujan lebat tu, tak sangka ada seorang hamba Allah datang. Bawa motor dalam keadaan hujan masih lebat. Dia mungkin nampak mommy yang ketakutan dalam kereta tu, terus datang kat mommy dan bagitahu jalan pintas nak keluar dari situ. Ikut celah2 rumah orang. Terus bersinar rasanya hidup. Sebab jalan biasa memang dah kena blok dengan pokok2 tumbang.

Lepas orang tu, pergi mommy terus keluar dari kereta walaupun hujan lebat, mommy terpaksa redah untuk masuk ke sekolah Iman. Rupanya keadaan sekolah Iman pun teruk juga masa kejadian ribut tu. Ustaz terpaksa melaungkan azan bergilir2. Allahu.... dugaan.



A post shared by BisCute by Mommylin (@allene_mommylin) on


Moga kita semua dibawah lindungan Allah. Allah nak tegur mommy mungkin dengan kejadian ni. Bagi rasa takut dan beringat sentiasa. Sekarang Alhamdulillah mommy dah tak teringat2 sangat dengan peristiwa tu. Semuanya kenangan yang tak patut dilupakan.

Moga bertemu kembali....
mommylin 

Post a Comment

3 Comments

  1. syukur sis selamat...sama la kat opis kitorng kat Putrajaya time tu..hujan lebat,.,.banyak pokok tumbang time tu depan balai pengawal. taska/tabika JPM kat opis kitorg plak sampai pecah berderai pintu kaca sebab angin tolak kuat. nasib baik masa tu baby or kanak2 xde kat situ... masa tu pun dah teringat kiamat dah...teringat mak ngan suami yg jauhhhh masa tu...insafffg la rasanya... :'(

    ReplyDelete
  2. semoga kita terus dilindungiNya.

    salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar.
    Menakotkan!
    Dgr bunyi hujan tu pun dah kecut perut, Allene.

    ReplyDelete