Hafidh Aryan dan puasa 2018

Assalamualaikum...

Fuhhhh.... Tiup kasi buang habuk sikit... 
Tahun ni, hafidh aryan  dah 6 tahun, jadi mommy dah mula ajar dia berpuasa cara btul. Mean, kejut bangun sahur... Tak boleh makan dan minum serta berbuka bersama-sama...



Tak susah pun sebenarnya dia nak puasa, elok je puasa sampai magrib. Cuma dugaan dia bila adik2 makan depan dia. Kadang tu dia tengok je adik dia makan sampai habis. Orang yang tengok dia pula kesian macam lapar.


Tapi kan, rugi bila dia berbuka, sebab dia makan sikit dan sekali je. . huhu
Mommy tak lah suruh dia puasa setiap hari, cuma masa cuti memang galakkan dia berpuasa.

Bila time berbuka, dia penuh semangat tau... Tapi, bila tak puasa mommy buat rules tak boleh makan dengan orang puasa... Supaya dia bersemangat nak puasa esoknya....

Sekian #diarypuasaanakmommy Muhammad Hafidh Aryan 6 tahun 2018


With LOVE
Mommylin 

Post a Comment

0 Comments