Bila yang besar demam

Assalamualaikum... Salam Jumaat


Masa sampai je kat sekolah tadi, mommy nampak hafidh duduk dekat kerusi luar sorang2. Dalam kepala mommy dah syakk ni mesti cikgu denda... (kenapalah mommy tak husnuzon bila bab Hafidh 😣) 

Bila dia nampak kereta mommy, terus dia berlari dan terpinga-pinga, nak terus balik atau tunggu kawan2 keluar. Mommy park kereta jauh dari pagar sekolah, kebetulan tengah sesak area situ. Tak sampai 5minit Hafidh datang dengan cikgu dia, 
"Puan, hafidh demam ni, saya tengok dia senyap je dari pagi... Bila tanya kenapa dia cakap sakit kepala, saya rasa dahi, dah dedar tu... "

Terus mommy rasa teruknya aku ni... Anak sakit, tp dok fikir dia nakal Sampai kena dendam... Allah.. Teruk rasanya jadi mommy macam ni... 



Bila sampai rumah makwan mommy tanya, hafidh nak tinggal tak? Mommy nak pergi amik cikman, dia tak nak nak ikut... (mula dah perangai manja bila tak sihat). Dalam perjalanan ke sekolah iman, mommy tanya kenapa duduk luar, kata tak sihat? Jawap nya cikgu suruh sebab dalam kelas bising, hafidh kan sakit kepala... Dan mommy jawap ooooo... 😯

Sementara tunggu iman, sempat tanya nak makan apa, sebab memang tahu bila demam tak ada selera nak makan kan... Dia nak bubur mcd. Makanya, tertidur lah dia sampai mommy settle beli bubur. 


Balik rumah, mandi. Lepastu suruh makan bubur tak nak... Ko ghaserrr? Sabar je lah... Last2 mommy pujuk, jom makan, mommy suap.. Dlm hati kang dia makan sikit mommy lah habiskan... Muahahaah sekali tudia... Licin mangkuk dia makan, kan dah cakap, bila demam manja... Makan pun nak suap. 

Moga hafidh makin sihat, malam ni nak balik kampung dah... Kalau demam tak leh main keliling pokok durian nanti... Hihi...

❤️
Mommylin 

Post a Comment

0 Comments