kbba

Latest Posts

Percutian Keluarga di Langkawi 2018

By 5:59 PM , , , ,

Hai... Assalamualaikum... Ni baru nak warm up entry 5 bulan lepas... Huhu apa teruk sangat mommy sekarang ni, susah sangat nak menaip update entry...



Bila ada masa terluang ni, sambil hirup kopi, gigih mommy menaip guna hp untuk entry langkawi. 


Tak sangka pula percutian Keluarga kali ni, dapat pergi langkawi .. Tq to tok yah sponsor hotel kat langkawi... Best tau... Mula nya, ingat langkawi ni tempat2 santai2 je.. Rupanya banyak lagi yang menarik kat sini... 

27 April, kami bertolak dari puchong ke kuala perlis. Gigih ko drive. Mommy ni dah lah tak pernah jejak perlis dan langkawi, memang tak bayangkan pun jauhnya.. Sekali ambikkk tengah malam bertolak, esoknya pukul 11 pagi ko baru sampai jeti kuala perlis. Ahahah



Laki dah macam ayam berak kapur, mommy dah rasa sakit2 badan..kalau tahu  baik naik flight je weii save masa, save tenaga.. Dari KL 3 kereta, sampai terus beli tiket feri. Tiket kami pukul 1 kot. Alamak lupa dah... Lama sangat. So, ada masa lah D take nap. Sian dia.. Kang kerja angkat bag pulak... Hahaha 

Sampai Langkawi, adik lelaki lin sewa van. Wow.. .Jimat dan syok naik ramai2... Dengan anak2 lagi kan. Rasa van memang sgt sesuai dengan family besar kitorang. Nak share harga tiket dan kereta sewa memang tak dapat lah... Sebab mommy banyak duduk dan tunggu je. Hahaha xdan nak amik pic dan amik tahu. Ahakkk

Lepas amik van, terus ke homestay. Homestay ni, under hotel.. Jadi sewa sebijik rumah, siap dapat breakfast sekali. Wow kan... Tak payah fikir nak cr tempat sarapan. Cari tempat lunch dan dinner dah. 

Lepas check in, memasing masuk bilik rehat. Untungnya mommy anak ramai dapat bilik paling besar. Huhu senang tidur ramai2. Dah rehat2 malam lepas magrib siap2 nak g dinner. Sue siap request nak g makan kedai yang keliling sawah padi. Wow... Ada ke? Kitorang pun Google siap2. Pastu bgth driver, semua on... Jom makan... 


Since dah malam, anak2 pun keletihan . Mommy memang tak sempat nak berposing amik gambar bagai... Sedih. Apa entah nama restoren tu, tempat makan keliling sawah padi, menu pun sedap2. Memang puas hati lah makan situ. Harga pun tak mahal sangat. 

Cukup lah percutian langkawi day 1. Nextt nanti mommy sambung. Nak lipat baju menggunung ni... Harap habis lah cerita ni mommy tulis.. 

With 💞
Mommylin 

You Might Also Like

2 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers