Langkawi 2018 - Shopping di Langkawi hari ke 2

Hai... ketemu kembali. Nak cite bab shopping ni, laju sikit citernya. Rasa semua memori masih lagi segar. Hahahah 

Sampai je Komplek HIG ni, kami makan dulu. Kasi kenyang perut, anak-anak dah tak meragam, baru gerak g shopping. Kedai makan kat luar komplek tu je. Ada foodcourt situ. Macam-macam makanan ada, pilih je nak makan apa. 





Alhamdulillah ada rezeki duit lebih untuk shopping, rasa macam juling kejap mata momy dapat masuk HIG - Komplek Haji Ismail Group. 1 bangunan dia je dalam tu. Memula niat nak beli coklat je, jalan-jalan amik lah beberapa coklat yang mommy rasa sedap dan berbaloi beli kat sana. Rasa tak banyak sangat pun mommy beli, sebab dalam hati dok zikir2 " ko diet lin... ko diet.." haaaa... dah duduk rumah, kang nanti entah berapa kali mommy buka katup peti ais kan. So, beringat la semasa membeli. 




D masa tu tak kesah pun apa mommy nak beli, dia kata amik lah.. amik lah.. sebab bukan dia bayar. hahahaha. Hawau betul tau, masa kitorang g tu, dia tak gaji lagi. Sakitnya tu di sini.... nak shopping sila guna duit sendiri. Mujur mommy berniaga kan... ada lah duit sikit2 tu. Dapat lah beli coklat2, sudu2, periuk, dan seketul bagasi. Sebab rasanya bag nak balik tu nanti dah tak muat nak sumbat baju.. uhuhuh 

Kami tak cari tempat shopping lain, semua kami beli kat komplek HIG je. Sebab motif utama pun nak bercuti, bukan bershopping. Jadi beli semua kat sini, minyak gamat pun beli kat sini. Lepas shopping jom balik kemas bag! banyak barang nak kena asing-asingkan. Nanti penyek pula coklat2 kalau tak simpan betul2. Ada 2 hari lagi nak balik KL kan. Hhhuhu... 

OK itu je... nexttt sambung cerita cable car pula... 

psssttt... gambar mommy google je. maaf ye.. masa shopping memang tak main lah hp2 ni... fokus ok! 

Post a Comment

0 Comments