Kembali yakin dengan Soothing Feminine Hygiene Wash

Hai, Assalamualaikum...

Sebut pasal penjagaan wanita ni, mommylin salah seorang yang sangat cerewet bab tu. Sangat cerewet sampai tak berani langsung nak cuba apa-apa produk pencuci intim di pasaran. Sampai lah bila kita semakin berusia, dan lepas bersalin, baru sedar bahagian intim tu tak boleh dibiarkan macam tu tanpa penjagaan yang khusus.




Selepas bersalin, barulah sedar, yang bahagian intim ni sangat penting untuk kita jaga. Selain untuk keselesaan, kebersihan ianya juga bagi mengelakkan penyakit seperti keputihan, jangkitan kuman dan kegatalan. Kegatalan bahagian intim ni, mudah dapat terutama semasa datang bulan. Bila kena tu, haaaa fikir lah sendiri macam mana nak garu! bukan boleh garu macam kat tangan atau bahagian lain, oh no! bahagian intim sangat sensitif tidak boleh di garu, alamat luka lah dia nanti. Jadinya bagi mengelakkan ianya terjadi, kena lah cuci bersih agar rasa selesa dan nyaman. 


Soothing Feminine Hygiene Wash dari Cosmoderm 

Mommylin start gunakan pencuci wanita selepas bersalin. Mulanya pelbagai jenama dah cuba, tapi penyudahnya hanya pakai untuk sekali dua sahaja. Alahai... rugi rasanya! sebab tak ada rasa perubahan pun. Sama je macam tak pakai kecewa. Kemudian, mommylin try cara tradisional pula, rebut daun sireh dan cuci guna air rebusan tersebut. Tu dia... lagi teruk rasanya gatal-gatal. Insaf terus tak nak buat lagi. 

Kemudian, tak give up mommylin try lagi beli Faminine wash dari Cosmoderm ni, mommylin cuba yang manjakani, terus jatuh cintaaaa... serius tak tipu, untuk pertama kalinya mommylin guna sehingga habis sebotol tu tau. Sangat puas hati dengan produk dari Cosmoderm ni, tak pernah mengecewakan. 

Bila habis yang manjakani, mommylin tukar pula kepada soothing. Nak cuba kehebatan yang ni pula. Soothing Feminine Hygiene Wash pula pencuci lembut dan nyaman dengan bahan semulajadi dan anti kulat dan anti bakteria dan sesuai untuk gadis remaja sehingga semua peringkat umur. 
  • Membantu mempertahankan pH 3.5 yang paling sesuai
  • Membantu mengurangkan iritasi
  • Mengurangkan keputihan dan menambahkan keyakinan 




Ramuan dan Cara penggunaan

Ianya adalah 100% bahan semulajadi yang terdiri daripada Aloe Vera, Chamomile and Tea Tree Oil dan juga ianya Zero Paraben, SLS dan SLES


Cara penggunaan hanya tuangkan sedikit pada tapak tangan yang lembap, bersihkan bahagian intim dan bilas dengan air bersih. Bau yang harum dan tidak terlalu wangi memang terasa nyaman dan segar selepas guna. 




Kat mana nak dapatkan? 

Sebenarnya ada banyak je kat pasaran seperti Aeon Wellness, Caring, Watson dan farmasi berhampiran. Tapi mommylin nak suggest korang beli jelah online mudah dn senang. Klik-klik terus sampai depan rumah kan. Untuk belian online boleh terus ke www.cosmoderm.com.my

Harga pula sangat berbaloi dengan size yang ada. RM16.90 - 375ml sesuai untuk letak dekat rumah dan untuk travel RM9.90 - 150ml kecil dan ringan. Nak bawa balik kampung atau tinggalkan 1 dalam handbag, untuk guna bila perlu semasa keluar kan. 

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh lah baca di sini ye...

atau terus ke Official Page 
OK... sekian perkongsian dari Mommylin. Tak percaya, korang try lah... confirm tak menyesal... 

LOVE, 
Mommylin

Post a Comment

2 Comments

  1. Kak Nina guna Cosmoderm Manjakani untuk penjagaan Miss V.
    Untuk anak sulung kak Nina yang dah remaja tuu dia pakai Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash.
    Suka Cosmoderm sebab Harga berpatutan dan produk berkualiti

    ReplyDelete
  2. produk cosmoderm memang terbaik

    ReplyDelete