kbba

Latest Posts

Unboxing Blouse By Zucca Butik

By 10:23 AM , , ,

Assalamualaikum... 


Cerita pembukaan untuk tahun 2019. Alhamdulillah... dah masuk tahun baru, azam baru, cerita baru. 
Untuk cerita pertama ni, mommylin kongsi dengan semua, kat mana nak dapatkan blouse yang besar dan selesa. Sangat sesuai untuk muslimah dan wanita yang berbadan besar. Biasanya nak jadi blouse yang selesa, memang susah. Ada je bahagian yang tak selesa dan ketat. Tapi, blouse yang mommylin nak share ni, super selesa dan design cantik serta terkini. 



Mommylin dah cuba 3 helai blouse dari Zucca Butik ni. Nak tengok tak baju yang mommylin pilih? Tengok video Unboxing Blouse ByZucca  





BLOUSE ZUCCA

Blouse pertama yang mommylin pilih adalah dari code V217 (BL6693)
Blouse ni simple dan nampak lebih santai, memang sesuai untuk mommylin yang aktif bila berurusan di luar. Warna gelap seperti maroon boleh membantu si pemakai kelihatan sedikit kecil. Sikit je lah... ihihih.


  
         

Blouse kedua dan ketiga, mommylin pilih yang ala-ala saloma zaman lengan kembang, tapi versi muslimah. ihihih yang warna pink dot ni, code dia MQ091(3979) warna pink soft.




Dan yang terakhir pilihan hati, blouse kembang betul... ihihih boleh sangat pakai kalau mengandung ni. Warna turqoise code MQ156 (3991) code tapi, blouse ni, mommylin nak hadiahkan kepada mak mommy. Alhamdulillah... ada rezeki, bagi mak 1 blouse. Sebab size yang ada memang sesuai sangat untuk mak-mak kita. Bila berjalan, ada yang ingat itu akak je pula nanti... 






ZUCCA 

Zucca bermaksud "Labu" dalam perkataan Italy. Butik Zucca dijalankan secara atas talian. Apa yang istimewanya Zucca butik menawarkan blouse yang berkualiti tinggi dengan harga jauh lebih rendah dari butik lain. Harga sangat berbaloi. Size pula muat dari L-XXL. Kain pula jenis tidak mudah kedut, tidak panas, mudah gosok, kain ringan, tidak jarang, wudhu dan nursing friendly. Boleh dikatakan, kesemua yang mommylin nak, ada di Zucca Butik!

Untuk belian, korang boleh terus ke 
Call: +6 (017) 329 7822
Email:  at sales@zucca.com.my 


love, 
mommylin

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. wah cantik pilihan mommy lin..kemain kembang-kembang kat pergelangan tangan tu.

    ReplyDelete
  2. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers