kbba

Latest Posts

Alhamdulillah... 5 bulan dah adik kakna!

By 7:20 PM , ,

Assalamualaikum... helluuu!



Tak sabar rasanya nak updated cerita pasal adik kakna ni. Almaklumlah... 3 tahun rehat dari mengandung, tuptup tahun ni, Allah bagi rezeki. Kami laki bini dok lah teka teki bila nak bagi kakna adik, rupanya tetiba ada dah.... ihihih Alhamdulillah... 





Bleeding
Awal tahun aritu, mommy sibuk lah dok prepare wedding adik bongsu perempuan mommy tu. Dalam pada sibuk, lupa period tak hallo mommy pun bulan tu. Sebab masa hujung bulan 1 mommy ada sikit bleeding. Ingatkan hormon tak betul, yelah kan kita makan ubat macam2. Bila jadi macam tu, tak boleh cakap apalah. Siap g jumpa doktor, scan perut takut lah ada benda2 tak patut sampai bleeding macam tu. 

Jadinya bila bulan febuari tak datang period tu memang tak kesah apa lah kan. Dah hujung bulan tu bleeding, anggap period je lah. 

Lepas pada wedding adik 9 march tu, daddy kena g outstation 1 hari. 1 hari je weiii perangai teruknya mommy punya lah letih kena jaga 3 orang anak. Sangat2 letih. Tahap asal masuk rumah tidur, asal petang, sakit kepala... 

Memula ingatkan penat sangat sebab wedding adik, lepas tu sambung kena handle anak2 sendiri seharian... * sehari je pun...* tapi peliknya seminggu sakit kepala. Siap g farmasi beli active fast untuk hilangkan rasa sakit kepala tu. 

Laki balik pun pelik, apsal sakit penat tu tak hilang2. Lepas 3 hari, baru otak ni berfungsi, baru lah terfikir, ehhh aku mengandung ker? daddy tak demam pun? dan kenapa ada alahan pula..? Biasanya kalau mommmy preggy, yang demam daddy. Lepas tu confirm mommy preggy. Mommy pula jenis preggy xde alahan. Bila no 4 ni mula alahan, tu yang pelik... 


Naluri Ibu

Lepas balik amik hafidh dari sekolah agama, terus g farmasi, Balik tu, tak tunggu lagi, terus pergi periksa. Dan SAH! memang mengandung... wkaakaka... nasib tak lompat2 dalam bilik air tak tau nak happy atau terkejut. Kalau boleh nak 2020 nanti. Tapi, kalau bulan 3 dah preggy memang tak sempat 2020 lah kan... 

Mommy tak terus bagitahu daddy. Mommy pergi klinik lepas amik harris dari sekolah. Scan dan nampaklah dot dalam perut tu. Mujur 1 dot, kalau banyak dot memang pitam daddy ! Settle scan, kira jangka umur baby, alhamdulillah... masa tu baby dah 6 week.

Malam tu, bila D balik dia pun tanya doktor cakap apa? sakit apa? mommy angkat bahu je... suh d tengok sendiri scan tu. Dan reaksi dia...............................................................................................................................................................................................................................................
dia gelak je. Macam mommy tipu dia... *huh*


Hari ni, dah 5 bulan si kecik ni. Nama kakna dah awal2 bagi.. memang hari dia suka kiss perut ni, dia sayang sangat tau baby ni... Kalau cakap mommy nak bagi orang baby ni, memang dia merajuk atau marah... hahhaa... tapi dia nak girl, tak nak boy. Nak buat kawan main doll lah tu. OK lah, doa2 k.. dapat sorang lagi girl Alhamdulillah....

OK, nanti sambung cerita lagi... tata titi tutu....


Mommy gojes,
mommylin


You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. wahh.. congrat mommy lin.. diam2 dah nak bertambah lagi ye.. boleh geng ngan dilah la #makanak4.. hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki tu ..done cikguzim follow #509

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah lin. Nak jadi kakak dah dikna.. hehe

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers