Celebrate Birthday di Super Hero Cafe

Assalamualaikum...
Macam2 nak cerita kat blog walaupun lambat, tetap nak cerita juga. Kang lama2 lupa... rugi kan, kenangan untuk anak2 bila besar nanti.

Ok lah, Awal tahun haritu birthday Kakna dan Bamfidh. Kami tak sambut serentak pun, kami sambut asing2 tanpa majlis. Kiranya pergi kedai, beli kek dan menyanyi je.. Simple asal ada kekdahnya... Nak beria-ia kena lah gabung 3 beradik terus.. baru adil kan...






Birthday kakna di Pizza Hut

Masa ni, mommy belanja anak2 tengok wayang kalau tak silap, kemudian pergi bawa mereka main2 kat area Paradigm Mall dan lunch terus kat sana. Nak makan apa, memang tak tau.. semua makanan biasa-biasa je, tak ada yang menarik pun. Jadinya kami pilih Pizza Hut, kenyang pun kenyang kan. Sebelum tu, mommy beli dulu kek kakna kat kedai dalam tu juga.




 Cafe Super Hero di KL

Seminggu lepas sambut birthday kakna, kami sambut birthday bamfidh pula.. Kemain mommy excited nak pergi cafe ni. Awal pagi dah keluar, almaklum lah KL kan jem bila dah tengahari. Tu yang nak di elakkan.




Sampai, terus tuju cafe ni, malas nak jalan2. Mommy order 2 cupcake, coffee dan breakfast set. Rasa tak berapa sedap boleh lah takat makan sekali sekala boleh lah... Hahaha... *harap tak kena kecam...* 







Ok lah... Mommylin belanja gambar je banyak2 .. Jumpa lg.. 


Love,
Mommylin 

Post a Comment

2 Comments

  1. Masa terlalu pantas berlalu, bila dah sekolah, lagi cepat masa berlalu.

    ReplyDelete
  2. menarik juga cafe superhero gini,humaira yg gegirl pun suka hero2 ni...

    ReplyDelete