Risiko VBAC - Pertama kali nak cuba untuk normal selepas Czer

Hai... Hallooooo!!!  Assalamualaikum.... 


Alhamdulillah dah masuk 36 minggu preggy adik baby sorang ni. Pelbagai liku-liku gitu... Dah tua-tua ni, tak mudah rupanya nak mengandung. Memang hebat lah mommy lain yang preggy usia hujung 30-an tu. Salutee !!



Hari ni, festime checkup di Hospital Putrajaya. Sebab pernah ada kes czer kat sini, makanya mommy kena rujuk pakar sebelum decide untuk cara bersalin. Kenapa? sebab pernah Czer. So, mommy lain yang pernah czer mesti ada pengalaman ni kan. Macam mommy, ni festime sebab abang-abang kakna semuanya bersalin secara normal. Cuma kakna sorang je special kes. Nak jadikan pengalaman... czer pun macam-macam dugaan kan... 

Bila jumpa Doktor tadi, dia tanya apa plan kami suami isteri, dah decide nak bersalin secara normal atau czer? Kitorang awal-awal lagi dah plan nak normal, susah kalau czer... sejak duduk rumah tinggi melangit dan tak ada lift ni, memang tak sesuai lah untuk mommy czer. Azabbbedah uollls... Walaupun lepas habis berpantang, ingat mudah? tidakkkkk!!!! sekurang-kurangnya setahun baru rasa ok perut tu tau. Sape dah pernah czer mesti tau macam mana rasa perut nak terjatuh bila naik turun tangga dengan kerap tu. 

So, kami dengan yakin jawap nak normal delivery. Then, Doktor! *camni je dia jawap..* hahaha!
Kemudian, scan dan ukur saiz baby, check air ketuban semua sekali lah. Baby semalam masa mommy scan kat KK 2.9kg. Tapi, harini Doktor scan 2.6kg... Ok lah kan, xde makin besar seram gak. Cuma masalah tang air ketuban banyak. Dia suspek sebab mommy GDM dan tak control diet. Jujurnya kan, memang tak berapa control pun, tapi bukan lah tak control langsung. Cuma masa time amik BSP tu, mommy beringat lah makan tu... Tak jauh beza pun... tapi, mana tau itu pun leh jadi penyebabkan. 

Bila air ketuban banyak, risiko baby dalam perut tu boleh berenang-renang lagi walaupun dah nak due. Nanti lambatlah process bersalin tu tak pasal2 kena induce nanti kan... Risiko baby lemas pun iye juga. Jadinya mommy kena buat BSP setiap hari mulai ESOKKKKK matikkk lah nak, kematu jari mommy ni... uhuhhuhuhuh

Antara Risiko yang Doktor bagitahu tadi.... 

LUKA JAHITAN BOLEH TERBUKA

Ni antara perkara yang mengejutkan mommy... uhuhuh serius tak terfikir luka jahitan boleh terbuka. Tapi bila doktor explain, terbuka tu bahagian dalam, bukan luar... baru lah mommy ohhhhhh.... hahahah bengong kejap tau! 

Bila luka bahagian dalam, iaitu luka kat rahim tu terbuka, akan berlaku pendarahan, yang boleh mengakibatkan bayi lemas, mommy dan bayi dalam keadaan bahaya. 

Dan risiko ini akan meningkat lebih lagi bila mommy kena induce. Bila induce risiko 1 dalam 200 orang akan meningkat ke 3 atau 4 kali ganda. So! mommy kalau betul-betul nak vbac, kena make sure bersalin sebelum due date. uhuhuhhuh anak dah no4 ni, tapi alalalalal kenapa semua belajar semula, cara-cara cepatkan waktu bersalin, cara meneran, cara itu ,ini... semuanya mommy google semula dan tengok you tube dah macam first time beranak je ni. 

Tapi untuk kes jahitan terbuka semasa kontraksi ni, dorang boleh tahu awal. Ada symptom2 nya. Antaranya jantung mommy dan bayi lebih laju dari biasa. Sakit kontraksi yang berlebih-lebihan dan lain-lain... uhuhuh mommy tak ingat semuanya. Tapi ni antara symptomnya. Kalau ianya terjadi, doktor akan terus lakukan emergency czer lah. 

Lepas dah dengar ada symptom2 tu lega lah juga kan, sekurang-kurangnya dorang pantau, dan kita dah cuba yang terbaik. Allah yang tentukan segalanya... 


Risiko czer pula macam biasalah, kalau mommy czer untuk kedua kalinya ni, makanya takkan ada lagi vbac lepas ni. Kalau beranak anak no 5 pun, akan di czer juga. Mak mommy dah pesan, "...kalau kena czer long... ko ikat je terus... susah nanti..." hahaha betul lah tu, memang ikat je lah. Umur pun dah 33 tahun kan. Jarak lepas czer kurang-kurang 2-3 tahun, masa tu dah nak dekat 40 tahun, udah-udah ler mengandung tu kan... hahahah 

OK lah, sharing untuk harini... harap dapatlah membantu mommy lain jika terbaca pos mommylin k... 

love, 
mommylin 

Post a Comment

1 Comments

  1. Moga dipermudahkan semuanya lin. Dah nak bersalin dah ko. Hehe. Good luck wei. Rindu!

    ReplyDelete