kbba

Latest Posts

Progress anak 4 bulan - Harraz dah pandai apa?

By 5:33 PM

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, anakda bongsu mommy dah 4 bulan semalam, 4.3.2020 genap 4 bulan. 



Seronok tengok perkembangan harraz. Tak laju sangat, tak lambat... Orang kata budak lahir 40 minggu ni, matang. Serba serbi sempurna. Dalaman matang, muka pun matang... Hihi... 


Harraz ni muka garang tau. Dari dalam perut kalau scan, muka dia garang je. Doktor pun tegur, garang muka baby u... Hahah nak wat cemana? Mommy dia garang sepanjang masa... 


Lagi seminggu nak masuk 4 bulan, harraz pandai meniarap dah. Tapi bila ngam dia 4 bulan dia dah pandai bergolek golek dan mengundur. Uishh yang ni cepat pula kan. Risau gak dah pandai mengundur ni, tak boleh letak atas katil dah. Tak pasal je kang jatuh. 

Bab menyusu, alhamdulillah masih susu badan, insyaAllah kalau rezeki nak sampai 2 tahun juga. Tapi kalau xde masalah boleh di teruskan hingga 3 tahun. Dina dulu, ngam 2 tahun kena stop sebab ada masalah. 

Bila malam dia tdo ok je, cuma bila dia kembong perut tak boleh tidur. Dia akan tumbuk mommy sampai mommy bangun huhu... Bila dah bangun, mulalah mommy kena layan dia, borak2... Sampai dia berak dan tak kembung. Mujur lah mommy tak kena kerja. Kalau tak, stress hari2 kat opis. 

Moga harraz sentiasa sihat dan jadi anak soleh ye... Love youuu my bongsuuu (gituuu...) 

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers