kbba

Latest Posts

Kehidupan semasa pandemik

By 11:27 AM

Hai... Assalamualaikum...



Mommy free sangat harini. Mood pun baik nak update blog. Alhamdulillah, line elok plak nak bukak blog ni kan. Teringin sangat update blog hari2... tp tu lah! kadang tu socmed pun mommy tak sempat nak update. Dengan anak2 lagi, kerja rumah, business, baking. Kadang tu, terlalu banyak benda dalam kepala nak di keluarkan 1 persatu. 

fesyen covid- everywhere wear face mask


Betul lah orang kata, perempuan ni... otak dia macam2 fikir. Sambil makan pun boleh ingat benda itu ini tak buat lagi. Sambil susukan anak boleh plak plan nak masak apa petang nanti. Tu tak pe lagi, ada tu kadang fikir wekend ni nak buat apa. Padahal baru hari Isnin. huhuh betul2 mommy sangat perangai tu kan.

Ada gak bebel2 kat Instagram. Tapi tak sama dengan bebel2 kat blog. Sini tulis ada gak yang baca.. (agaknya lahh) Tapi IG belum tentu.. Kadang tu, nak tulis panjang.. tp rasa feel tak sama. Nak update FB pula tak seronok dah. Tak tau kenapa. Rasa janggal sangat dengan FB. D hari2 layan FB, pelik nengok nya... apa yang best entah. Hahahah dah serupa anti FB je rasanya sekarang. 


Perintah Kawalan Pergerakkan

Sejak PKP bulan mac aritu, kami memang terperap je kat rumah. Serius nak keluar pun tak berani. Bila kala memikirkan ada anak kecik ni. Sedih bila bayang kita bawa virus kat dia. Takut kena kuarantin terpisah. Dah lah si baby ni menyusu badan. Botol tak mo. Tak leh bayang lah. Hari2 tdo peluk dia, tetiba dia xde kan... uuhhuhu. Bukan si baby je, abang2 ngn akak baby pun... Jadi suri rumah ni, itu lah yang kami pandang hari2 muka suami, anak2... xde pun muka kawan2 ,jiran sangat. Kalau yang hari2 kita tengok tu xde... apa agak rasanya? TAK LEH bayang. 

Mujur lah PKP ni, daddy cuti sekali. Awalnya nampak lah D tak boleh adapt situasi duduk rumah 2 minggu. 2 hari sekali mesti dia nak keluar. Kejap2 kang tanya ada lauk tak? nak masak cukup bahan tak? Nampak lah dia memerlukan udara luar. Tak sanggup terperap. Yang bini dia ni, dah berbulan duduk rumah... huhuh elok je. Tapi bila keluar kejap ritu panjat tangga, allahu... penatnya. Lama tak exercise lah katakan.... 

Anak2 plak, alhamdulillah... dorang semua faham masalah pandemik ni. Faham kenapa tak boleh keluar rumah. Faham kenapa daddy je boleh keluar sorang. Tak adalah sesi perbahalan sangat dengan anak2. Cuma tu kadang dorang lupa. Kejap2 ajak g umah atok. Kejap2 ajak g umah makwan. Dorang ingat cuti sekolah biasa2 kot. Hahahah lupa lah tu, pasal covid ni. 


Raya 2020



Masa hari raya aidilfitri baru2 ni, dari perintah kawalan pergerakkan, jadi PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat. Masa ni, daddy pun mula kerja dah. Mulanya mommy ingat daddy akan kerja silang2 hari, sebab tak ada keperluan di pejabat. Tapi tak, daddy kerja terus... Macam biasa. Walaupun tempat kerja daddy tu university tak ada student dia tetap kena datang. Sebab kerja dia bukan ngan student... ihihih 

Alhamdulillah daddy masih kerja. Risau gak tetiba dia kena buang kerja kan. Ramai yang kena buang kerja sebab pandemik ni. Alhamdulillah sangat. Rezeki anak2. Kalau lah daddy tak kerja, tak tau lah kan. Harapkan mommy ni... kejap masyuk... kejap sengkek... hihihi kerja ikut suka namanya. 

Raya pula, last minit baru plan nak tema baju warna apa. hahaha... Ikutkan tak sama tema pun leh raya... tapi nak gak sama. Baru terasa raya. Dah lah kalau g kenduri kahwin xde tema kan. Ni sekali je berdondon... Apasalahnya. PKPB pun raya gak kan. 

Mujur lah dapat beraya juga tahun ni. Patut turn Johor, tapi tak boleh lintas negeri, kita raya kat puchong je, mujur duduk dekat 1 tempat ngn mak pak weiii hahahah. Puasa pun selalu je berbuka sama. Seronok jugak lah budak2 ni. 

Walaupun takut mommy nak kerap ke rumah makwan, tapi datang juga lah kadang2 tu. Yelah... kita tak tau kita bawa virus ke tak kan... risau lah, dorang dah berumur. Takut kita jadi penyebab je..

Petang raya tu, sebelum berbuka kali terakhir, mommy sempat lah jalan2 kat puchong prima cari baju. Tak jalan2 sebenarnya pun. Nampak kedai, park terus beratur. Masuk kedai cari ala kadar, berkenan bayar dan balik. Tak kuasa nak cerewet sangat. Tak sanggup nak beratur. Dapat 1 baju terus blah. Beli kat shopee, baju sampai raya ke 5. APO??? dah dapat kena perli plak ngn D, apsal sama je warna? uhhuuh abis tu? nak sedondon kan...


New Normal




Tak tahu lah macam mana kehidupan kita lepas ni. Nak makan luar, tak boleh dah. Nak jalan2 kat mall tak boleh dah. Duduk kelek anak kecil je lah. huhuhu
Masa mengandungkan Harraz, jenuh mommy fikir, macam mana mommy nak bawa Harraz amik dan hantar abang2 ke sekolah. Rupanya Allah nak bagi mudah kerja mommy. Tahun 2020 ni, 2 bulan je hantar dan amik anak2 ke sekolah. Hikmahnya kan. Sejak tu, mommy selalu teringat benda ni, mommy akan serahkan kehidupan, kesedihan dan ketakutan bulat2 pada Allah. Bila dah serah pada Allah kita akan tenang. Akan sentiasa bersyukur dengan apa je yang terjadi dalam hidup.

Dan sekarang pun mommy dah mula berlajar kurang marah anak2. Bila anak2 buat perangai, mommy cepat2 fikir, Allah nak uji, kalau sabar Allah sayang, kalau marah syaiton suka... Bila ingat benda ni, tak jadi marah... fikir Allah nak tambahkan pahala mommy... apa yang ada tak cukup untuk ke syurganya. Tapi, kadang lupa juga... Cuma tu memang terasa dah tak menyinga sangat lah. hahahaha

Lepas ni, setahun anak2 tak bersekolah. Sampai hujung tahun mommy duduk rumah jadi mak, jadi cikgu dll dengan mereka. Harapnya Allah permudahkan segalanya. Mommy kalau tak ada order agent2 mommy free sangat2. Kalau ada order dari agent2 mommy jadi busy. Kerja sekolah anak pun mommy tangguh sampai mommy siap order. Sebab tak nak serabut kepala. Sebab tu tak kaya2 mommy ni. Tak hire pekerja. Kalau ada pekerja yang urus, dan mommy fokus pada admin dan anak2 mesti tak kalut sangat. Tapi mommy taknak. Nanti bila ada pekerja, mommy jadi stress jadi sale. Mommy jadi mudah marah bila apa yang mommy target tak dapat. Mommy jadi macam masa kerja dulu. Padahal, sebab tak nak jadi macam tu la sebab mommy resign dari company. 

Mommy nak kerja ikut kemampuan, bukan paksaan, stress.. Bila diri kita stress secara tak sengaja kita bawa emosi tu pada pasangan dan anak2. Dulu memang selalu camtu. Sampaikan Hafidh tu jadi tak rapat dengan mommy. Sebab mommy mudah marah2 dia. Sekarang baru nampak dia tunjuk nak bermanja2 ngn mommy. Tapi dah beso plak... malu2 je rupa dia.. hahahahah 

Ok lah. Cukup sampai disini coretan hari jumaat mommy. Jumpa lagi nanti. 

Jumaat
5/6/2020
Mommylin



You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. Banyak yang kita belajar dari pandemik covid19 ni..kan?? Dalam kesusahan tu ada senang yang Allah bagi..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers