Harraz Azhraf - Birthday setahun

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah, bongsu mommy dah setahun pun dia. Lewat mommy update cerita besday dia. dah sebulan pun. Musim Covid ni, nak sambut kat mana je. Boleh sambut kat rumah je... huhuuh mujur lah kedai2 kek, kedai makan masih boleh beroperasi. Jadinya main order je lah. 




4 November 2020, genap harraz setahun. Haritu juga dah cakap ngn D, nak makan kek... walaupun besday anak, mommy terlebih excited, sebab mommy yang lalui detik seram tu. uhuhuh. Kali kedua kena operate, memang seram oittt. Tak pernah sangka akan masuk bilik bedah untuk sekian kalinya.



Malam haritu, lepas D balik kerja, mommy order McD online ye. Sekarangkan McD ada kek, jadi mommy order kek dan makanan sekali. Nampak meriah lah. Memula plan nak deco2 ada baloon bagai. Sekali sibuk! memang tak lah keluar g kedai... jadi, amik gambar biasa2 tanpa deko. Adalah juga kenangan tu kan. Harraz pun tak tahu apa. Yang dia tahu, bila kita menyanyi dia joget... seronok dengar orang menyanyi. 





Hari Sabtu pula, mommy order kek kecik untuk dia. Makan kt rumah makwan pula. Sebelum ni, xde potong kek, tak puas hati sungguh, nak gak potong kek hahhaa... beli lah kek kecik dari Velvet house. Ok, dah complete acara sambutan besday setahun. Nyanyi ramai2 lagi dia suka. 

Budak Harraz ni, macam kakak dia... manja terlebih. Penat gak melayan dia. Mungkin dia 24/7 dengan mommy je. Pastu abang2 dan akak rajin melayan. Manje lah 

Tapi, Harraz banyak benda dia dapat buat awal. Berjalan awal, 10 bulan dah berjalan. Setahun dah laju lah dia. Tak terkejar dah. Cepat faham arahan. Mudah belajar. Alhamdulillah... perkembangan dia sangat baik. Moga Allah pinjamkan dan jagakan dia untuk mommy lebih lama... 

Tak banyak yang mommy boleh kongsikan kt blog. Moga coretan sedikit ni, dapat lah jadi kenangan mereka bila besar nanti. 


Yang tulus, 
Mommy kamu!

Post a Comment

0 Comments