Zakat Emas dan Perak - Bagaimana cara pengiraan zakat emas
Dalil Al-Quran:
وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ٣٤
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah
Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)
Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.
Hukum
Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.
Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.
Fuhhh... banyak kan info-info mengenai zakat Emas ni. Kalau kita ada banyak emas, samada pakai atau tidak, sebaiknya mari lah kita berzakat. Jangan lupa, setiap kali kita berzakat, insyaAllah Allah akan gandakan rezeki kita, percayalah. Jangan takut memberi. Nak kan lebih info mengenai zakat korang boleh lah malayari laman sesawang atau terus ke Pusat Zakat Selangor.
3 leave a massage here...
Info yg bagus tntang zakat..t.kasih..dh hujung tahun marilah kita mmbayar zakat pendapatan.
ReplyDeleteBagus airtikel ni..perkongsian yg menarik
ReplyDeleteBaca juga
Terima kasih kerana berkongsi...
ReplyDelete