kbba

Latest Posts

9 Tahun jadi ibu kepada anak ini...

By 9:20 PM

Assalamualaikum... 
Leka dengan kerja-kerja yang tak sudah-sudah, lama sangat dah tak update cerita anak-anak. Rasanya kalau dulu, cerita anak sulong sorang ni lah paling banyak dalam blog mommy. 

Dari lahir, progress setiap bulan pun mommy story kat blog. Rajin sangat dulu kala. Zaman memang mengadap komputer je kerjanya. Dulu sampai office awal, pump susu untuk anak, sambil layan FB group mak-mak.. gosip sana-sini, cerita masalah sana sini... Update lah blog seketul dua cerita kan. Ada gak pekdah. 

Oklah, suka sangat dengan mukadimah panjang. Padahal nak cerita pasal anak sulong je. Nak cerita pasal besday dia, tu je... Simpan wat kenangan, album xde kang kata makpak tak sambut besday dia. ihihih 



Sambutan besday ala PKP 

Di sebabkan PKP, tak boleh lah nak makan kat luar kan. Kena lah beli kek, makan kat rumah je. Tu pun order je. Nak keluar pergi beli macam tak yakin kedai area mana yang buka. 

Order McD senang. Ada kek slice dan beli happy meal untuk anak-anak, termasuk besday boy. 






Alhamdulillah... dia seronok. Adalah juga kenangan dia haritu kan. Nyanyi-nyanyi lagu besday, amik pic dia dengan adik-adik dia. Ramai adik dia, ada 3 orang... ihihih semua dia jaga. Pandai sulong mommy sorang ni. Walaupun selalu je kena marah. Adat lah, anak sulong. ihihih 




Simple je sambutan besday hafidh. Niat mommy dan Daddy pun nak gembirakan hati anak-anak. Dapat mainan happy meal, semua dapat. Kecuali yang kecil lah kan. 


Sambut besday dengan Tokyah dan Makwan pula

Lepas seminggu besday Hafidh kan, Makwan call mommy tanya tak sambut besday hafidh ke? so mommy bagitahu lah dah. Makan mcD je. Dia cakap mana boleh macam tu, Dina punya besday ada kek, Hafidh kena ada kek juga. Ahhh sudah.... 

So, di pendekkan cerita, haritu makwan offer nak masak untuk makan-makan sempena besday Hafidh. Mommy beli kek, bawa pergi rumah makwan. Makan kat sana. Mujur lah rumah kami dekat-dekat je. Takde jemputan pun, yang ada kami-kami je. Meriah rumah makwan kejap, anak mommylin je dah penuh rumah. Bahahah 




Oh ye, sebelum terlupa...kek Hafidh tu, awal pagi mommy order dengan kak Gee dari VelvetHouse. Mujur lah kak Gee melayan, order last minit ni. Dah 2x order last minit ni. uhuhuh Memang terbaik service kak Gee tu. Korang nak order kek, boleh lah order dengan Red Velvet. Ni link IG:fawziah_velvethouse




Sekian, besday Hafidh Aryan untuk yang ke 9 tahun. Alhamdulillah ... Ada rezeki kita nak sambut sama-sama lagi kan. Syukur. 

Buat Hafidh, 
Alhamdulillah... umur anak mommy yang soleh ni, dah 9 tahun. Besar dah. 
Terima kasih Hafidh banyak tolong mommy jaga adik-adik. Pandai Hafidh.
Bila mommy bebel-bebel marah Hafidh, Hafidh tak pernah melawan. Terima kasih Hafidh, faham mommy tengah marah dan tak tambah marah mommy lagi. Banyak yang Hafidh ajar mommy. 

Moga Hafidh membesar menjadi hamba yang bertaqwa, anak soleh dan di senangi dan di sayangi oleh semua orang. Moga Hafidh menjadi ahli syurga yang tertinggi insyaallah...

love, 
Mommy!

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers