Bila anak setahun hilang 5 minit di Mall

Assalamualaikum...

Takut nak cerita, bila teringat cerita ni rasa gigil semula tangan. Tapi itu lah yang terjadi. Bila dah lama sangat tak berjalan-jalan di pasar raya, jadi janggal. Macam tak biasa je. Anak pun boleh hilang. 



Harraz ni boleh dikatakan membesar dengan keadaan PKP sahaja. Dari kecil, memang tak berjalan sangat. Tak ada masuk mall. Bila dah pandai berjalan ni, baru lah dapat tengok dunia luar. Tu pun kita masih lagi dalam keadaan PKP. Cuma sekarang dah boleh keluar jer lah. 

Bagi budak yang dah biasa bebas dalam rumah, dia memang ligat. Asal lepas memang terus berlari. Nak dijadikan cerita, Ahad lepas kami makan tengahari di IOI Mall puchong. Lepas makan, D pergi solat dengan adik, ayah dan anak-anak lelaki. Yang perempuan tunggu lah kt area kuda pusing tu. 

Anak-anak mommylin awal dah bagitahu nak naik kuda tu. Jadi, lepas dorang semua ke surau, kami mak-mak ni tunggu lah area sana. Semantara menunggu tu, kami beli tiket corausel. Masa nak buat bayaran, mommylin pakai bag sandang belakang. Masa nak amik dompet, turun kan Harraz kejap. Bila pakai bag semua dia dah tak ada. 

Sekelip mata. Masa tu husnuzon lagi, mak amik kot. So mommy pusing-pusing keliling kaunter cari dia, tapi tak ada. Nampak mak borak dengan adik yang lain masa tu. 
Masa ni dah habis cuak dah. Mana Harraz???? Ya Allah boleh tak bayangkan jantung mommy masa tu. Terus jerit-jerit panggil nama Harraz. 

Kawasan tu agak bising, orang pun ramai. Jerit macam mana pun memang tak dengar. Lagi anak kecik kan, mana dia faham. Nak menangis dah masa tu mommylin. Tahan...tahan... rasa menyesal turunkan dia dari dukongan. Mommy terus pergi jauh dari kawasan tu, nak menghala ke jalan keluar Mall. 

Dan.... 

Ternampak Harraz belakang orang-orang yang lalu lalang. Masa tu, dia berpusing-pusing macam mencari. Mungkin dia pelik tengok orang ramai. Ya Allah, leganya masa tu, tak tergambar. Ujian Allah bagi 5 minint je. Mommy dah jadi takut sangat. Allah tegur mommy dengan cara kecil macam ni je mommy dah rasa takut...takut...!! 

Mommy terus dukong Harraz, peluk-peluk dia, cium dia. YA ALLAH rindu kat anak ni. Bawa pergi kat makwan dan makcik-makcik dia. Makcik-makcik semua pun ada anak. Bezanya anak mommy je lah yang ramai. Tapi, masa tu mommy jaga  Harraz dengan Dina je. Dina pun dah besar, tapi tetap gagal. Abang-abang ikut daddy pergi solat.

Kalau boleh tak nak ingat dah. Tapi, mommy cuba untuk ingat sebagai peringat diri sendiri. Tak nak perkara ini berulang. Taknak ibu-ibu lain pun jadi macam ni juga. 
Mommy bukan tengah seronok shopping. Mommy cuma letak dia kejap je. Kun fa ya kun. Semuanya jadi atas kehendak Allah s.w.t 

Bila dah jumpa harraz tu, tak nak dah lepas kan dia. Menyesal tak bawa stroller. Padahal ada je dalam kereta. Tapi sebab fikir dia dah pandai berjalan, boleh lah bagi kebebasan sikit. Nampaknya lepas ni, tak ada dah nak bebas ye. Duduk kat stroller je. Tak pun nanti mommy beli gari tangan untuk ibu dan anak tu. Biar nak berlari pun tak jauh dari mommy. uhuhhuhu

Lepas D sampai, cerita lah pung pang pasal kes tadi kat dia. Mungkin dia tak ada kt tempat mommy atau dia seorang yang tenang. Senyum je. Atau mungkin tadi dia berdoa untuk kami. uhuhhu mana tahu kan. 

Hiburkan hati yang lara



Lepas bagi anak-anak main kuda pusing-pusing tu, kami cari hadiah hari jadi tokyah. Belikan tok yah kasut je. Alhamdulillah. Rezeki tok yah dari anak-anak. Kami adik beradik share sorang sikit. Hiburkan hati ayah. Dulu tiap kali raya, ayah mana ada beli kasut. Beli kasut anak-anak je. Ayah pakai kasut lama. Dah besar ni, kami belikan ayah kasut. Mahal pun tak pe. Kami share... Awalnya ayah menolak, tapi bila kata, pilih je.. hadiah harijadi. Baru dia pilih. 


Dalam kegembiraan dapat berjalan ke Mall terselit rasa ralat. Dan di tambah rasa puas hati dapat belikan ayah kasut. Setiap kejadian pasti ada hikmat. Ok lah korang. Ingat, ibu-ibu yang pergi mall tu, pegang anak elok-elok. Tu mujur harraz tak da orang jahat amik. Dia jalan sorang-sorang je. Buatnya orang amik, memang tak jumpa. 




Malam tu, tidurkan dia terbayang-bayang kalau lah mommy hilang harraz tadiiii.......................................................



Post a Comment

0 Comments