LAPOWEY - Rebut Pahala dengan Berinfaq di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum... 
Pejam celik, tak sampai sebulan pun lagi nak puasa kan korang. Sekejap sangat masa berlalu. Lagi-lagi musim PKP ni. Kejap sangat. 

Jumaat lepas, kami ada terima makanan dari pihak Lappwey. Alhamdulillah... sedap sangat makanannya. Penuh berselera mommylin dan anak-anak makan. Kebetulan dorang belum ke sekolah lagi masa makanan sampai, dapat lah merasa. Tak sangka pula anak-anak suka. Biasa budak-budak mana suka makan nasi macam ni. Anak mommylin lah. Anak orang lain tak pasti pula. 



Jom berinfaq!

Dah nak puasa ni, mommylin pun nak lah kongsi dengan korang, mengenai LAPOWEY ni. Apa tu?Lapowey adalah perhidmatan penghantaran infaq yang di buat oleh mana-mana  badan korporat, individu yang berkemampuan membuat sedekah infaq makanan ke rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan orang-orang tua kurang upaya asnaf dan frontliner seperti bomba, polis, jururawat dan lain-lain lagi. 




Mesti korang tertanya macam mana kan LAPOWEY ni berfungsi. OK macam ni... Pihak PENDERMA hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang yang ada dan kuantiti yang diperlukan. Terdapat 6 menu pilihan  dengan minima tempahan adalah 100 pax sahaja. Boleh refer gambar pilihan menu di bawah ni ye.



Kemudian Pihak Lapowey pula akan masak dan seterusnya membuat penghantaran secara PERCUMA kepada rumah2 kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh PENDERMA. Oh ya penghantara percuma adalah sekitar Lembah Klang Sahaja. Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pula, pihak penderma boleh berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey

Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.

Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma. Macam yang kami dapat ni. 







Pakaging dan rasa

Menarik kan menu dan pakaging yang pihak lapowey sedia kan. Bila kita berinfaq, dengan sesuatu yang berkualiti macam ni, terasa kepuasannya. Nak memberi tu kena lah puas hati kan. Tak de lah orang kata benda percuma, rasa ala kadar. No...no. Biar semuanya tip top gitu. Baru lah pihak menderma dan menerima gembira. Gembira kan orang di bulan Ramadan pun besar pahala. Terima kasih LAPOWEY kerana menyediakan perkidmatan seperti ini. Mudah sangat dah orang kita nak berinfaq. 

Citarasa kanak-kanak dan orang dewasa

Masa rasa menu ni, memang rasa puas hati sangat. Biasa makanan menu macam ni, kalau mommylin order kan, harga jauh beza. Tapi harga sangat berpatutan. Rasa pun sesuai dengan selera mommylin dan anak-anak. Laju mereka makan. Yang paling heran nya tu, anak-anak mommylin dah makan tengahari, tapi bila rasa makanan ni, dorang makan macam orang lapar. Kemain kan? Justeru itu, untuk rasa memang terbaik lah bagi mommy. Insya Allah memang puas hati. Kawan-kawan mommy pun ramai yang suka. Korang pun insyaAllah akan suka. 







Kena perlu berinfaq?

Berinfaq ni, adalah membelanjakan harta kepada yang memerlukan. Itulah saham akhirat kita nanti. Kalau boleh, mari lah sama-sama menyalurkan harta-harta dunia untuk bekalan akhirat. Sekadar mengingati sesama muslim. Mungkin ada kawan-kawan mommylin nak berinfaq, tapi tak tahu caranya, ini mungkin dapat membantu kalian. Jom sama-sama berinfaq gembirakan hati anak-anak yatim, warga emas dan orang yang memerlukan dengan Lapowey. 

Korang yang ada rezeki lebih nak berinfaq di bulan Ramadhan, boleh lah hubungi pihak Lapowey. Berinfaq di bulan Ramadhan, insyaallah pahala berganda-ganda. Dan takkan miskin orang yang berinfaq di jalan Allah s.w.t 

Jelas tak cerita mommy ni?Kalau korang nak lebih jelas dan nak order atau booking slot dan sebagainya, nah mommylin kasi link wasap terus. Klick dan terus chat. 


Kalau yang nak servey-servey dulu tu pun boleh. Boleh lah jenguk page official mereka kat bawah ni k. 

Facebook : Lapo Wey
Office : 03-77341278

Post a Comment

4 Comments

  1. Berselera anak2 makan kan, sedap semuanya

    ReplyDelete
  2. nampak sedap anak2 makan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap anak2 semua makan 😊

    ReplyDelete
  4. Menu dia pun nampak sedap, mst ramai yg yakin nk infaq dengan servis lapowey

    ReplyDelete