kbba

Latest Posts

Persekolahan 2021- Dah habis PdPR, tapi mommy masih stress!

By 4:45 PM

Assalamualaikum... 



Halluuuuuu! sempena baru renew domain, moh ler kita upadate entry seketul yekk... huhuhuh. Apa teruk sangat perangai malas menulis sekarang ni. Ada idea dok peram dalam kepala. Bila yek nak ada teknologi idea scan terus masuk blog tak payah nak taip. Dok rangka ayat dalam otak je.... hahahah

Kalau ada lah teknologi cmtu kan, memang habis lah kita. Semua orang tahu apa kita fikir. Kes wasap orang leh tahu apa kita bual pun jadi isu, ni kan pula apa yang kita fikir... huhhu... akhir zaman. Tak ada yang boleh terselindung lagi dah. 

Korang ibu-ibu buat apa tu? now pukul 4 petang, mommy baru lepas menguli tepung nak buat bombolini. Teringin nak buat sendiri. Entah pape je perangai... ihihih padahal, boleh je beli weiii foodpanda kan ada. Tapi, nak gak buat sendiri. Saja nak susahkan diri ke apa? 

Anak dah besar weiii yang sulong tu kan, berat badan dah 41kg. Korang bayangkan. Bayangkan... betapa sihatnya dia.  Kesian plak bila beli sikit, terkulat-kulat makan. Beli banyak nanti mahal plak. ihihi... kami golongan B40 jerrrrr. 

Ok lah, nak story pasal anak sekolah je benonya ni, tapi melalut lah pergi ke bomboloni ni. Anak korang dah sekolah ke? Anak mommy no 2 dan 3 sekolah. Yang pertama tu next week baru mula kelas. 


Seminggu ni kan, dia sorang2 lah kat rumah... tau tak perangai dia, allahuuuuuu menguji sungguh haiiiiihhh. Kerja sekolah tak nak buat. Dok tenung buku sampai tembusss. Dah kena tegur dengan mommy buat kejap. Dah siap kan, dia padam semula tulisan dia, dia buat semula. Alasannya tak cantik tulisan. Masalahnya 3 kali dia padam. Mau tak koyak buku tu?? 

Entah apa je yang dia rasa sekarang ni kan... Nak marah.. mommy dia ni sibuk. Dari pagi urus rumah, urus kelas dia, adik-adik dia yang sekolah tu lagi. Dengan perangai dia yang tiba-tiba macam tu plak. Padahal adik dia baru sekolah beberapa hari. Dah tu, balik tiap hari, bukan masuk asrama pun, boleh plak perangai dia tetiba berubah macam kehilangan... 

Termenung, dok asah pensel lama2, main kaben pensel. Ehh perangai dia tetiba jadi cmtu. Selama PdPR tak de eh dia buat perangai camtu. 

Harini alhamdulillah dia ok sikit. Nak lah siapkan kerja sekolah dia. Lambat, tapi buat. Jangan lambat tak buat langsung. Mommy bukan apa, risau naik sekolah nanti, dia yang susah... tak faham apa yang cikgu ajar sebab tak buat kerja sekolah. 


Ok lah, anak dah nangis, memang duduk rumah, kerja camni... kejap2 berhenti... pepandailah nak setting time korang nak buat kerja. Jumpa lagi. Doakan mommy rajin update blog ye.

Love,
mommylin

You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers