Drama Move to Heaven - Setiap episod mesti menangis

Assalamualaikum... Lama tak menulis. Rindu, tapi kekangan masa tu sentiasa lah menghalang. Kadang tu free, tak ada mood plak nak menulis. Skill menulis pun makin kelaut. Risau lelama, terbiar begitu je blog ni. 



Untuk mukadimah, mommy nak share sikit cerita korea terbaru yang mommylin layan. Tapi, cerita ni baru lagi. Bukan kisah cinta yang selalu hero hensem tahap romantik tu. Tapi cerita pasal kematian.

Setiap kematian tu, ada cerita-cerita tersendiri. Dari situ, ianya akan mengusik jiwa kita sebagai manusia yang mudah tersentuh dengan kisah-kisah kehidupan yang tidak selalu dan seperti di harapkan. 

Mana yang baik, kita amik iktibar, yang buruk pula jadikan pengajaran. Setiap perbuatan itu, pastu ada balasan, samada baik atau buruk. Sebagai muslim pula, Dosa pahala, syurga dan neraga itu pasti. Jadi yang mana kita pilih, itu lah yang akan kita dapat..

Gituuu mukadimah mommylin nya oiittt.. OK jom kita tengok serba sedikit mengenai cerita MOVE TO HEAVEN ni.

Geu-Roo ( Tang Joon-Sang ) adalah seorang lelaki muda dengan sindrom Asperger. Dia bekerja untuk bisnis ayahnya "Move To Heaven." Tugas mereka adalah memindahkan barang-barang yang ditinggalkan oleh orang yang sudah meninggal. Suatu hari, ayah Geu-Roo sendiri meninggal. Gue-Roo ditinggal sendirian, tetapi pakciknya Sang-Koo ( Lee Je-Hoon ) tiba-tiba muncul di depannya. Sang-Koo adalah orang yang dingin. Dia adalah seorang peninju yang bertarung di pertandingan bawah tanah. Dia masuk penjara karana apa yang terjadi pada pertarungannya. Sang-Koo sekarang menjadi penjaga Geu-Roo. Mereka menjalankan "Move To Heaven" bersama-sama.

Dari sinopsis tu, cerita nampak macam tak menarik kan?Nampak boring... Tapi, sangat mendalam pada setiap episod tu. Macam yang mommylin bgth tadi, setiap kematian ada cerita-cerita tersendiri. Geu-Roo ni, dia istimewa boleh buat kesimpulan apa yang si mati ingin kan atau harapkan dari tempat kematian atau rumah si mati. 

Korang boleh lah layan cerita ni, time PKP ni kan. 10 episod je. Sehari atau 2 hari habis dah. Mana yang ada nexflix boleh lah layan juga. Mommylin layan kt telegram je. Ramai orang upload kat situ. 

OK lah korang. Sila layan k. Cerita best, tak clise dan selamat di tonton seisi keluarga. Sekian, review ikhlas dari Mommylin untuk peminat drama korea. Assalamualaikum...Bye! 

LotOfLove, 
Mommylin

Post a Comment

0 Comments