Gunting rambut anak masa PKP 2021

Assalamualaikum... 
Antara benda yang susah nak buat masa PKP ni, gunting rambut kan? kan? 




Iye... tak ramai yang berani pergi saloon atau gunting rambut kedai ane. Risiko mudah terjangkit tu sangat lah tinggi. Dari tahun 2020 mommy dah tak pergi kedai gunting rambut. 

Tapi, bila anak kena masuk sekolah, kami tawakal... pergi gak kedai gunting rambut tu. Doa banyak-banyak. Balik je rumah, terus mandi bersih-bersih.  Sampai bila nak rambut panjang macam tu je kan. Tengok pun rimas. Belum lagi tuan badan rasa. 

Kenapa tak beli mesin dan gunting sendiri? Itu tengok pada individu. Macam kami ni, tak ada skill.. risau tersodok kepala anak. Anak-anak plak, kalau kita yang kerjakannya memang mengada-ngada. Kalau orang lain buat, elok je dia diam. 




Jadi, nak elok rupa cepat siap, memang kekedai je lah.  Cepat je dia buat. Balik mandi bersih-bersih. Haaaa... puas hati. 

Itu kalau anak lelaki lah. G kedai gunting rambut. Tapi, anak perempuan.. mommy yang guntingkan. Tawakal je lah nak... huhuhu sebab bukan nak gunting bagi fashion cantik-cantik pun. Gunting nak trim je kata orang. Rambut dina mommy potong belakang dalam 3 inci, depan 2 inci camtu. Senget pun tak lah ketara sangat. Elok je mata ni tengok Ok dah tu. 

Sebab dia sekarang pun sibuk nak ikut mommy pakai tudung bila keluar rumah. Kadang tu stokin dan hand sock pun dia nak pakai juga.. Mana ada size kecik nak oiitt... 


Post a Comment

0 Comments