Sejarah Islam dan Bani Israel - Cintai Al-Aqsa 1

Assalamulaikum... Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan serangan bom kat negara Palestin. Walaupun berapa terkejut, sebab memang itu yang selalu berlaku. Cuma setiap kali kejadian itu berulang, rasa macam hati kita ni, orang hiris-hiris sakitnya bila orang  buat kat keluarga Islam kita macam tu kan. 



Mommylin tak berani nak type lebih-lebih dan banyak perkataan negara 2 ni. Sebab mesti kena delete dengan pihak dorang nanti. Errmmmm 

Tapi, apa yang jelas, mommylin nak semua sahabat yang ada anak, amik tahu sejarah bagaimana Islam dan Pihak Y@hud tu berperang. Cerita dari zaman nabi Ibrahim, hingga kita. 

Sebelum mommylin share, sebenarnya beberapa tahun ni, memang mommylin sibuk dok cari pasal illumninati, freemason tu apa. Saja lah nak tau kan. Pastu ada plak kaitan dengan puak y@hud tu.  So, dari situ mula lah nak tahu kenapa Allah marah dengan kaum ni. 

Bila sebut Bani Israel tu kan, selalu ada dalam sirah masa sekolah rendah. Tapi, pelik pula macam mana nama boleh sama dengan Negara Israel tu kan... haa... untuk yang belum tahu, baca ni k...supaya kita sama-sama clear. Ini antara tulisan yang mommylin dapat dari sahabat group al-quran. Insyaallah sahih ceritanya. Sebab mommylin pun faham macam yang ditulis penulis ini.




Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani Israel.  Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran. (Surah Yusuf: 4)

12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran bermula dengan aduan mimpi Baginda AS kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.

11 bintang (adik beradik Nabi Yusuf), matahari dan bulan (ibu ayahnya). Adik beradik Nabi Yusuf dengki kepadanya lalu mencampakkannya ke dalam perigi. Dari situ, Nabi Yusuf dikutip oleh pedagang dan dijual ke Mesir. Bermula kisah Bani Israel di negeri Mesir.

Nabi Yusuf mendapat posisi penting dalam kerajaan Mesir yang dipimpin oleh puak Hyksos. Baginda AS menjada perbendaharaan negara Mesir. Akhir cerita, seluruh ahli keluarga Baginda AS tinggal bersamanya di negeri Mesir. Adik beradiknya bertaubat. 

Nabi Yusuf wafat. Masa berlalu ratusan tahun. Puak Hyksos dikalahkan oleh Ramses I (Firaun). Bermula era pemerintahan kaum Qibti dengan pengenalan nama Firaun. Ketika ini, Bani Israel tinggalan Nabi Yusuf diseksa dan dibunuh akibat mimpi Firaun bahawa kerajaannya akan musnah dari tangan Bani Israel.

Lahirlah Nabi Musa. Duduk menetap di istana Firaun. Nabi Musa pernah menumbuk seorang Qibti kerana mempertahankan kaumnya. Nabi Musa diperintahkan berdakwah kepada Firaun. Ditemani oleh adik beradik kandungnya iaitu Nabi Harun.

Akhirnya Nabi Musa dan Nabi Harun memimpin Bani Israel keluar dari Mesir sambil dikejar oleh tentera Firaun. Firaun mati tenggelam. Bani Israel terselamat. Mereka menuju ke Palestin dan diarahkan oleh Allah berperang melawan kaum Jabbarin yang membuat kerosakan dalam Palestin.

Bani Israel ingkar arahan tersebut, dihinakan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai negara seperti sebelumnya. Kemudian, masa berlalu dan lahirlah pula Nabi Daud AS. Kisah Nabi Daud adalah berperang melawan tentera Jalut di Palestin melalui kepimpinan Talut.

Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut. Bani Israel masuk ke Palestin dan Talut menyerahkan jawatan penguasa kepada Nabi Daud kerana Baginda dilantik menjadi Nabi. Ketika itu Jerusalem menjadi ibu kota Palestin. Saat ini Bani Israel menjadi mulia.

Kemudian, Nabi Daud wafat. Lahirlah pula Nabi Sulaiman AS memimpin Bani Israel. Kerajaan Baginda AS lebih hebat dan besar. Baginda membina masjid untuk Bani Israel. Bani Israel mulia pada zaman ini kerana patuh pada Nabi Sulaiman AS.

Setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak utuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.

OK... simplekan cerita dia, cerita tak habis lagi... Esok mommylin share lagi ye. Kaum bani israel masih ada yang tinggal kat Palestin walaupun ramai yang berpecah. 

Sebagai ibu kan, kita kena tahu sejarah ni. Anak-anak zaman sekarang, mereka dah terdedah dengan info-info ni secara terus. Mesti mereka bertanya, kenapa mereka berperang. Kenapa bunuh orang? Kita wajib jelaskan kat anak-anak cerita ni. Tanam dalam jiwa mereka, walaupun jauh, kita tetap kena bantu. Nak bantu macam mana? Kita berdoa, derma dan amik tahu sejarah islam. 

Kalau bukan kita yang didik anak cintai al-aqsa, siapa lagi? Itu kiblat pertama kita, itu tempat para nabi kita. Takut, kalau-kalau bila mereka dah besar, tak ada rasa cinta pada saudara mereka kat sana. Tak ada rasa belas kasihan. Nabi Muhammad pun marah kalau kita tak amik tahu hal saudara seislam kita yang dalam kesusahan tu.... 

Post a Comment

0 Comments