Tip ajar anak membaca dari rumah

Assalamualaikum... Happy holiday korang.... Untuk ibu-ibu yang suri rumah tu, tak de holiday kan... it ok. 6 tahun mommylin jadi suri rumah. Dah biasa dah tak de holiday. Sebab hari-hari kita adalah holiday untuk kita. Jangan stress! Bak kata ustazah Asma Harun, cari bahagia cara kita. Kalau mengemas rumah tu buat kita bahagia, terus kan. Kalau makan itu buat kita bahagia, makan lah. Jangan di layan masalah, dugaan yang datang. Amik masalah tu, letak tepi.. dan teruskan kehidupan kita. Allah dah atur. Selagi mana kita berusaha, tetapi terjadi juga anggap Allah nak bagi pahala sabar, nak bagi ganjaran. Bila nak dapat sesuatu, mesti lah kena korbankan sesuatu betul?





Panjang pula mukadimah mommy pagi ni... uhuhu. Anyway pagi ni, mommylin nak share, antara tip untuk anak-anak belajar membaca dari rumah. Yelah, sekarang kan PKP. Sekolah kejap tutup semula. Anak pun tak dapat nak fokus belajar. Baru semangat sikit dah kena tutup sekolah. 

Jadi, takkan kita nak biarkan je? Mesti lah kena ada effort untuk bantu anak-anak supaya mereka tak ketinggalan. Cara dia senang je. Yang susahnya adalah istiqomah. Betul tauuu... Korang tak caya, try lah. Kalau hantar anak g tuisyen, tapi tak istiqomah. Ada bulan skip, ada bulan hantar, agak2 anak tu leh pandai ke? Kat rumah pula tak boleh berlajar sebab ada adik-adik mengacau. Sebab tu mommy kata, istiqomah itu susah. 

Ni antara tip dan ilmu yang mommylin dapat dalam team MOMMY HAPPY. Korang boleh lah cuba ye... 



NIAT

Benda pertama yang kita kena buat adalah NIAT. Niat kerana Allah. Nak ajar anak membaca, agar dia boleh menajadi insan yang berguna, dapat belajar dengan baik. Jangan lah niat nak anak pandai membaca supaya dia jadi murid paling pandai atau bijak berbanding rakan kelasnya... Itu salah. Letakkan niat yang baik-baik. 


RUANG

Benda ni, ramai amik remeh. Sebab apa, orang mesti ingat, belajar kat mana-mana pun boleh. Iye betul tu. Tapi, kita kena faham... anak umur seawal 4 tahun ni, kita bermain dengan MOOD mereka. Kalau kita ajar dia membaca sambil tengok TV, agak-agak dia ikut membaca tau tengok TV? 

Sekurang-kurangnya kalau tak ada bilik khas untuk anak-anak belajar, kita boleh sediakan ruang khas. Kalau rumah kecil, kita boleh set up ruang dalam rumah sebelum ajar membaca tu, boleh lah kosongkan meja, sediakan kerusi selesa dan bahan-bahan membaca keliling dia. TV off dan tak ada gangguan. 

MASA 

Masa yang diambil untuk belajar membaca tak boleh lama. Lagi-lagi pada anak yang baru nak belajar membaca. Kalau lama, mereka akan bosan rasa di paksa dan akan benci nak belajar.  Amik masa 15 minit sehari dan tingkatkan masa belajar mengikut progres. 

Semakin lancar anak membaca, boleh lah kita tingkatkan masa lebih dia belajar membaca. Bila anak lancar membaca mereka akan lebih seronok. Bila mereka dah seronok membaca, belajar lama pun tak jadi masalah. 

BAHAN BACAAN YANG MENARIK 

Mungkin ada yang tak amik berat tentang bahan apa yang digunakan  untuk mengajar anak. Asal buku, asal ada ABC,  sama sahaja. Yelah tu, betul... asasnya untuk kita belajar ABC dan membaca. Tapi, kalau bahan yang kita guna tu menarik, lain dari yang lain, anak lebih seronok. Bila anak seronok, mood mereka pun elok. Lebih fokus, lebih semangat. Itu lebih mudah nak mengajar. 

Antara bahan yang mudah dan menarik untuk mengajar anak membaca FLIP KAD WOW.
Flip kad ni, bersize besar, boleh pakai untuk masa yang lama. Sebab ianya tahan lasak dan tidak mudah koyak seperti buku biasa. 


Bentuk yang menarik seperti kelenda meja. Boleh di pamerkan di bilik dan setiap kali anak tengok, pasti mereka akan ingat. Menarik kan?

Selain itu, flip kad wow juga boleh di jadikan aktiviti bersama anak, boleh tulis atas kertas kad itu atau gunakan tanah liat untuk membentuk huruf, sambil membunyikan huruf itu. Itu lebih berkesan dari kita tegas kan mereka dengan buku. Betul?






Selain dari FLIP KAD WOW ni, ada juga FLIP FLAP yang rupanya seakan sama, cuma bersaiz kecil sedikit.  Lebih simple, dan boleh di tulis berulang kali di atas kad tersebut. 
Tulis dan padam. Selain itu, FLIP FLAP juga ada sticker untuk anak-anak beraktiviti dengan kad ni. 




POSTER BACALAH ANAKKU ni pun tak kurang  hebat menariknya. Poster yang bersaiz A3 yang boleh dilekatkan di dinding tempat belajar anak tau sebelah katil mereka. 

Dan kita boleh mengajar terus ke dinding, tunjukan mereka huruf dan bunyikan bersama. Ada jenis anak yang suka bilik mereka penuh dengan pelbagai info. Sebab tu, mereka lebih tertarik untuk menconteng dinding berbanding menconteng buku.


Untuk bahan belajar yang lebih santai, ibu-ibu boleh juga mencuba SMART WHEEL. Berbentuk bulat. dan boleh berputar macam roda. Menarik kan?Itu yang buat anak-anak lebih teruja. Selain itu, saiz yang kecil memboleh kan anak-anak membawa smart wheel ini kemana sahaja. Dalam kereta, rumah pengasuh atau taska. 





REWARD

Tip yang akhir adalah reward atau anugerah untuk anak atas pencapaian mereka. Kita sebagai ibu bapa kan suka belikan anak dengan pelbagai hadiah, baju, mainan... Dari kita beli dan beri tanpa alasan, lebih baik gunakan alasan reward untuk mereka lebih semangat belajar. Tapi ingat ye, jangan umpan awal-awal. Tak nak lah mereka belajar semata-mata untuk dapatkan hadiah yang di hajati. 

Simplekan sebenarnya nak ajar anak-anak membaca kat rumah. Tip asas ni, kalau kita gunakan insyasallah dapat membantu lagi ibu-ibu mengajar anak diri. Selamat mencuba ye... 


LotOfLove,
Mommylin

Post a Comment

3 Comments

  1. menariknya flip flap, smart weel tu

    ReplyDelete
  2. kena ada tools tambahan mcm tu baru dia orang seronok kan..budak budak kan suka interativiti

    ReplyDelete