K-Drama Love ft Marriage and Divorce 2 - Drama skandal yang wajib ditonton

Assalamualaikum... 

Hai korang, nak bagitahu ni, drama hot ni dah start dah. Baru keluar 4 episod. Kali ni, tak tau lah berapa episod. Mommylin layan drama ni dari siri pertama. Awal-awal tengok dah sakit hati. Memula tu, malas nak layan sebab drama yang mengganggu emosi ni, tak suka layan. Kadang terbawak-bawa pula emosi tu. Entah pape jer... 



Siri pertama drama ni, santai sikit. Cuma apa yang buat mommylin suka tu, cara berlaku kecurangan. Biasa ada sesi goda menggoda kan?tapi ni tak sama sekali. Skandal yang ada ni, ibarat takdir gitu... Haaaa marah bini orang yang lain. Sabar..sabar... mommy pun bini orang gak... huhu.

Dalam drama ni, ada 3 wanita yang ada karekter wanita moden yang setiap orang ada keistimewaan sendiri dan kekurangan masing-masing. Manusia mana ada yang sempurna. 

Wanita pertama tu selebriti, cantik pandai jaga body. Tapi, dia taknak zuriat, agak garang dan nampak macam queen control. Dia suka jaga body, so suami dia pun dia suruh senam, siap daftarkan masuk gym. Seorang yang tak pandai hal-ha rumah tangga. Kiranya hidup dia moden sungguh. Tapi, di sebabkan tu, suami di jumpa wanita lain yang memenuhi kekurangan isteri dia tu. Lebih berumur dan lebih lemah lembut. 

Hubungan mereka terjalin pun secara natural. Kawan-kawan, pastu si lelaki dok ngadu itu ini...perempuan tak tambah api, dok nasihat elok-elok. Tapi tu lah... dari simpati jatuh hati... hohoho 

Ni baru 1 hubungan, ada 2 hubungan lagi, belum lagi kes mak tiri nak try anak tiri pun ado dalam ni. Kemain conflict nya. 

Ni cerita masa siri pertama. Yang siri kedua ni, harap adalah pengajaran untuk si pencurang dan isteri. 

Cerita ni elok lah untuk kita kaum hawa, boleh cek karekter pelakon dengan kita. Sama tak.. ihhiih klu ada sama tu, hati-hati lah ye. Apa - apa pun, kita yang islam ni, kena pandai selesaikan isu secara islam. Poligami ke, cerai ke, ikut lah keadaan masing2. 

Ok lah. Done racun korang cerita korea best. Nanti nak racun lagi... hihi


Post a Comment

1 Comments

  1. Alahaiii kuat racun mommylin ni, juju ni dah habis drama Melayu layan...nak kena cari port baru pulak ni...jadi kena makan racun mommylin la ek...tang mak tiri nak try anak tiri tu menarik lah nak tonton...hishhhh saje tau...ni nak pi cari jap lagi hahaha

    ReplyDelete