Kulit anak sensitif - 5 hari guna dah nampak kesan

Assalamulaikum... Hai korang, perasan tak sekarang cuaca panas ya amat... Rumah kami tak ada air-cond, jadi memang terasa bahang sungguh lah. Kalau yang on air-cond tu, mesti suhu rendah je kan. Sebab rasa sekarang ni, dah jarang hujan angin pun tak ada.

Keadaan anak bila setiap kali bangun tidur, mesti menangis dan menggaru leher




Harraz baru setahun 5 bulan, dia jenis kulit biasa, bukan sensitif. Tapi, bila musim panas, kulit dia mudah naik ruam, melecet dan gatal-gatal. Kiranya dia jenis sensitif bila waktu tertentu. Jenis kulit yang tak boleh berpeluh. Bila berpeluh, akan gatal-gatal, melecet dan naik ruam. Mommy tak dapat snap gambar masa kulit dia meradang. 

Kesian tengok dia mengaru sana sini. Tempat paling terkesan sekitar leher dan bahu dia. Situ bila berpeluh, dia punya garu, sampai berdarah kadang tu. Allahu... kesian tengok. Kalau baby, kita boleh pakaikan dia sarung tangan, ni dah besar memang susah nak larang. 

Selepas 5 hari menggunakan Azyma Care - Kulit dah tak merah-merah lagi

Apa yang mommylin buat, kerap mandikan dia. Biar dia rasa segar. Macam kita orang dewasa ni, kerap amik wudhuk, budak-budak macam Harraz pula, asal tukar pampers, mommy akan mandikan dia terus. Baru lah dia selesa. 

Kemudian, lepas mandi pakaikan pampers dan seluar je. Baju tak pakaikan, biar berangin je. Nampak lah dia selesa sikit. 

Berkenalan dengan Mandian Azyma Care

Kemudian, ada kawan share pasal Azyma Care, lama dah tahu pasal produk ni dari team KBBA9, tapi tak berani cuba dan tak berapa nak percaya. Kebetulan pula masa tu, tak ada sapa pun jenis kulit sensitif ni. Semua elok je. 

Tapi, bila Harraz dah jadi macam ni, tergaru-garu kami cuba juga lah. Sebab dah try pelbagai produk yang beli kat farmasi, tapi tak nampak hasil. Ada juga kawan suruh try bedak botol merah tu, tapi jenis anak-anak mommy tak boleh pakai bedak tu. Kalau pakai, ruam hilang, lepas tu jadi kulit kering pula. Kalau kulit kering, lagi lah rasa tak selesa sebab akan rasa perit. Lagi dia menggaru. 




Bila dah guna mandian Azyma Care ni, memang rasa ada perubahan. Sehari, sekurang-kurangnya Mommy akan mandikan Harraz 3 kali. Tu paling kurang. Kadang tu, lebih kerap. Setiap kali mandi, mesti guna mandian Azyma Care. 

Mesti ada yang tertanya tak kering ke kulit kalau dah selalu pakai kan? Jawapannya TAK. Serius, cecair mandian ni, lembut, tak buat kulit kita berminyak dan tak kering juga. Biasa kalau ruam atau kulit anak kering lepas guna mandian lain. Tapi, dengan Azyma Care tak mengeringkan. Jadi, tak perit dan anak semakin selesa dah tak menggaru walaupun cuaca masih panas. 




Mandian untuk menghilangkan BAU badan

Itu masalah Harraz, settle dah. Kulit sensitif dia makin kurang. Dan yang penting, dia dah tak menggaru macam sebelum ni. Istimewanya mandian Azyma Care ni juga, ianya sangat sesuai untuk seisi keluarga. Dari anak kecil sampai orang tua pun boleh guna. Haaa kiranya dalam bilik mandi tu, tak perlu banyak gel mandian. Cuma ada sebotol Azyma Care dah cukup, seisi keluarga boleh guna. 

Masa Azyma Care sampai, baru mommylin perasan ada tulis BODY ODOR REMOVER
Terus suruh anak-anak yang lain guna juga Azyma Care ni. Sebab abang-abang tengah melasak, berpeluh dan berbau badan, walaupun duduk kat rumah je. Jadi, mommy suruh juga mereka guna. Dan alhamdulillah. Memang kurang bau badannya. 

Setiap kali mandi, mesti jerit, "jangan lupa guna sabun botol oren!" hihih...

Selain menggunakan Azyma Care ni, antara sebab lain kulit Harraz dan badan anak-anak dah tak berbau adalah dengan menyuruh mereka mandi dengan lebih kerap. Sungguh pun duduk rumah sahaja, mereka tetap aktif dan berpeluh. Jadi, mandi lebih kerap, gunakan Azyma Care dengan kerap, maka hasilnya memang terbaik. 

Musim Covid-19 ni, mandi dengan kerap juga di galakkan. Mandi, jaga kebersihan diri, kebersihan rumah, ini semua membantu kita dari virus Covid-19. Kita usaha yang terbaik. Apa-apa pun, jaga kebersihan itu penting.


Kebaikkan Azyma Care



Azyma Care adalah mandian tanah liat bersama ekstrak botanikal. Tanah liat kita memang tahu, khasiat dia sangat baik untuk kulit. Ada orang buat masker, tapi Azyma Care untuk mandian. Menarikkan?? Menggunakan bahan semulajadi yang selamat dan berkualiti untuk digunakan. Juga diperkayakan dengan mineral semulajadi, minyak lavender dan 3 ekstrak botanikal iaitu Chamomile, Cucumber dan Aloe Vera. 



Azyma Care juga adalah buatan Malaysia dan mempunyai kelulusan KKM dan HALAL. Jadi, jangan risau boleh di gunakan dengan selamat.  


Anyway mommylin nak iklan sikit, kot korang nak membeli atau nak cari duit sampingan masa PKP ni, boleh cuba ni. 

INGIN MENJADI USAHAWAN ONLINE DGN PENDAPATAN TANPA HAD??? 

Anda tiada sebarang modal? atau
Anda mempunyai sedikit modal? atau
Anda ingin mencari wang tambahan? atau
Anda mencari pekerjaan sampingan? atau
Anda ingin menceburi bidang perniagaan sepenuh masa?

Jika jawapannya 'YA', anda patut hubungi 010-5550647 (Faten) dan 03-27026593 & 03-27026592 (waktu pejabat sahaja)

Basic + Commission tanpa had.
Bahan pemasaran, Handphone dan latihan disediakan. 

Facebook : Azyma Care HQ
Instagram: Azymacare

Sekian, Selamat mencuba. Moga kalian yang bermasalah kulit boleh selesai dengan Azyma Cara juga. 

love,
Mommylin


Post a Comment

1 Comments

  1. Kannn elok kan azyma ni, juju dah nak habis sebotol guna, nak masuk botol kedua dah.

    ReplyDelete