Sejarah Islam dan Bani Israel - Cintai Al-Aqsa 2

Assalamualaikum, pejam celik dah bulan Jun kan. Alhamamdulillah masih bernafas sehingga hari ini. Nikmat terbesar yang Allah beri, pada kita. Ok lah, sep[erti yang dijanjikan. Mommylin nak share sikit lagi cerita mengenai sejarah islam dan bani israel ni. 




Macam yang kita tahu, Bani israel ni wujud dari zaman nabi Ibrahim a.s. Dari bani israel juga ramai terlahir para Nabi. Jadi, macam mana pula bani israel boleh jadi negara Israel tu? Kenapa Allah marah dengan keturunan ni? Ok, kita sambung sharing cerita.



Setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak utuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.

 Ada yang masih di Palestin. Allah lahirkan Nabi Isa AS di Bethlehem memimpin mereka. Sebahagiannya ingkar dan melakukan percubaan membunuh Nabi Isa. Nabi Isa diangkat oleh Allah. Bani Israel hilang pedoman lagi dan mereka menanti pula Nabi akhir zaman yang disebutkan dalam taurat dan injil. 

Mereka melihat tanda Nabi akhir zaman lalu berhijrah ke Yathrib kerana mengkaji tanda-tanda tersebut. Tunggu punya tunggu, Nabi Muhammad lahir dari bangsa Arab. Bani Israel jadi ingkar lalu bermusuh dengan Nabi Muhammad.

Zaman Nabi Muhammad, kaum Yahudi dihalau keluar dari Madinah dan Khaibar selepas perang Ahzab dan perang Khaibar. Lalu sekali lagi mereka berserakan di atas dunia seperti ke Eropah dan Afrika. Mereka dihina kerana tidak mengikut Islam.

Zaman Saidina Umar, Palestin dibuka oleh umat Islam. Palestin menjadi milik Islam setelah berperang melawan Rom. Waktu ini tiada berita mengenai orang Yahudi. Sejarah dipenuhi dengan pertembungan antara Islam dan Kristian sahaja.

Kemudian, Kristian tawan semula Palestin. Lalu lahirlah tokoh Islam bernama Salahuddin al-Ayyubi dari bangsa Kurdi mengalahkan Kristian di Palestin dalam banyak siri peperangan salib. Umat Islam kembali membuka tanah Palestin dan memilikinya dari Kristian. Bukan Bani Israel yang berperang.

Sehinggalah zaman moden, Palestin diperintah oleh Islam sehingga zaman Uthmaniyyah. Palestin di bawah kekuasaan Syam pada waktu itu. Uthmaniyyah jatuh dan kalah perang dunia pertama. British dan Perancis buat perjanjian Sykes-Picot bahagikan tanah Islam.

Palestin diserahkan kepada British. Tahun 1917, British lakukan deklarasi Balfour dengan menyatakan Palestin diserahkan kepada orang Yahudi. Bermulalah era orang Yahudi bertapak di Palestin. Sebelumnya pada awal tahun 1900, Theodore (Yahudi Zionis) mohon Khalifah jual tanah Palestin untuk langsaikan hutang.

Masa berlalu, berlaku peristiwa Nakbah 1948. Imigrasi besar-besaran kaum Yahudi masuk ke Palestin melalui bantuan UK. Mereka mengumpulkan semula orang Yahudi yang bertebaran di Afrika dan Eropah untuk masuk ke Palestin. Populasi mereka meningkat.

Sehingga hari ini, pelbagai siri serangan dan perang seperti Yom Kippur telah berlaku kerana untuk menempatkan kaum Yahudi di Palestin. Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.

Abdul Razak Ramli,
18 May 2021.

Clear tak korang. Ni cerita ringkas yang mommylin dapat share. Ada sahabat share dari penulisan Tuan Abdul Razak. Dan mommy terus simpan dan terdetik nak share kt blog. Kot ada sahabat yang mencari info mengenai sejarah Al-aqsa kan... 

Bila dah baca ni, memang clear! faham cerita yang disampaikan. Tak tertanya dah. Kalau korang nak cari versi video, boleh lah cari kat youtube ramai ustaz share. Terbaru, mommylin dengar mengenai sejarah melayu pula. Hebat melayu dulu-dulu. Nanti kalau mommylin dah jelas dan faham sejarah melayu boleh lah cerita kat blog. Sekarang tak berapa jelas. Dan masih dalam kajian sendiri. ihihhi Tak boleh percaya 1 sumber je. Kena cari banyak sumber. Dah ramai cerita benda sama, baru boleh yakin kan?

Ok lah. Sampai sini dulu, Assalamualaikum... 


Post a Comment

0 Comments