Review Filem Korea AYLA - Drama airmata sangat ni!

Assalamualaikum... Salam sejahtera. 

Korang layan korea cerita apa sekarang ni? Mommylin masih layan drama-drama yang berlangsung kat TV, tapi mommy tengok kat telegram je. Kami takde nexflix dan astro. 

So, kalau layan drama mesti kat HP dan layan sorang-sorang je.. Huhuhu
Anak-anak layan cerita kartun yang dd dorang downloadkan. Ulang lah cerita sama je selalu. Jarang lah nak tengok drama TV yang berlangsung. Takut melekat terus. 

Dd pula layan drama dia kt laptop dia. Sambil buat kerja memang dia layan movie. Kerja dia selalu banyak masa terluang , lagi-lagi bila time "rendering" kalau orang tak tahu mesti ingat dia mengular... ihihih Sebab mommy dulu pun macam tu juga. Sementara nak tunggu 3D siap render, boleh tengok cerita korea. Kadang tu, siap baca novel lagi... hahaha




Zaman Perang Korea 
Ayla ni, cerita mengenai tentera Turki yang datang ke Korea dalam misi menyelamat. Masa tu korea tengah berperang. 

Ada 1 perkampungan tu, semua orang mati kena boom, bunuh dan tembak. Ayla ni, mak dia sempat sembunyikan dia. Jadi, dia sorang selamat. Bila semua dah mati, tinggal lah Ayla sensorang menangis dekat dengan mayat-mayat di kampung dia tu. 

Masa sekumpulan askar Turki datang, dia jumpa Ayla dan amik Ayla. Di sebabkan tidak ada orang lain yang boleh jaga, dorang bawa Ayla ke kem mereka. 

Membesar di Kem Tentera
Sementara pihak korea menyediakan tempat untuk ank-anak mangsa perang, nak bina sekolah, tempat pelindungan, Ayla ni tinggal bersama askar-askar Turki di Kem mereka. 

Bayangkan lah bahasa mereka kan tak sama, tapi boleh tinggal bersama. Sampaikan Ayla pandai membaca buku turki.. Semua sayang Ayla kat sana. Awalnya Ayla tak bercakap, bila Ayla mula bercakap, semua terkejut sebab mereka ingat Ayla bisu. 



Maksud nama Ayla 
Ayla bermaksud Bulat seperti bulan. Macam tu lah maksudnya. Sebab askar Turki tu jumpa Ayla waktu malam dan di bawah cahaya bulan. Ayla ni, nama turki. 

Kalau nak cerita, panjang cerita ni... Kalau mommylin cerita dalam ni, tak bestlah, Korang kena tengok sendiri. Ayla ni, kisah benar. Kisah seorang askar turki yang sayang Alya seperti anak sendiri. Tapi terpaksa berpisah dan tak boleh bawa Ayla pulang ke Turki. Sampai lah tua, baru mereka ada peluang berjumpa semula. 

Filem ni, memang buat mommy menangis je tau. Penat tahan air mata. huhuhu Ok korang, tengok lah... Rugi tau tak tengok. 

Post a Comment

0 Comments