Cara Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Gajet

Assalamualaikum... Hai semua... Rata-rata kawan-kawan yang baca blog mommylin ni, ibu-ibu kan... Jadi, kali ni mommylin nak kongsi sedikit info mengenai mata anak dan gajet. 



Nampak macam tak ada masalah betul? Dari dulu lagi anak-anak dah terbiasa dengan handphone, tab dan komputer. Elok je mata mereka. Betul tu, dari dulu lagi mereka dah bisa menggunakan gajet-gajet tersebut. Tapi! tak sekerap sekarang... PKP membuatkan mereka lebih kerap menggunakan gajet. Kalau dulu mereka hanya menggunakan gajet 2-3 jam sehari, tapi sekarang boleh dikatakan lebih separuh harian mereka melihat gajet.

Nak halang tak boleh. Sebab gajet di gunakan untuk mereka belajar secara online. Masa kelas online mereka terpaksa pandang screen, masa buat kuiz online pun terpaksa pandang screen malah, masa membuat kerja sekolah pun kadang-kala terpaksa tengok screen untuk melihat bahan yang guru berikan. 

Habis kelas, nak main game pula. Kita ni tengok dorang kelas dari pagi sampai petang memang kesian. Tak bagi main game, apa je mereka boleh buat? sepanjang PKP nak bermain di taman pun tak boleh. Jadi, dengan terpaksa mommy beri juga mereka masa untuk bermain game dengan tempoh tertentu. 

"Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet".

Ibu ayah mana yang tak risau akan kesan sampingan terhadap mata anak yang mungkin mereka akan terima. Jadi, sebagai ibu, mommy kena ambil tahu cara untuk mengelakkan mata anak rosak dari kesan penggunaan gajet. Mommy mengambil kesempatan mendengar FREE TALK yang dikongsi oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan dengan tajuk yang sangat bagus iaitu "Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet".


Doktor Mohd Hafidz pun berkata, gajet ni memang tak dapat dielakkan. Hampir kesemua orang menggunakan gajet untuk kegunaan harian termasuk anak-anak kita. Mengikut kajian sekumpulan pensyarah kejururawatan, data menunjukkan kanak-kanak 12 tahun ke atas, remaja, bermain smartphone lebih dari 3 jam pada waktu weekend. Memang sangat merisaukan. 


Kesan Penggunaan Gajet terhadap Mata Anak

Penggunaan gajet terlalu lama, lebih dari 3 jam boleh beri kesan kepada mata anak. Ini adalah perkara yang sangat membimbangkan dan merisaukan. Antara kesan yang boleh menganggu mata anak adalah seperti...



1) Peningkatan Power Spek Mata
Perkara ini berlaku apabila anak sudah mula memakai cermin mata sejak kecil lagi. Contoh 5, 6 tahun pakai cermin mata, dan mengadap gajet akan menyebabkan power makin meningkat. Lagi menakutkan apabila power makin meningkat, bola power makin memanjang dan akan menyebabkan saraf dekat belakang mata akan koyak sehingga boleh menyebabkan mata buta. Macam ni la jadi bila main gajet yang tidak dikawal. 

Bab ni, mommy memang takut sangat, sebab anak mommy no.2 tu, power mata dia sendiri pun dah terlalu tinggi. Kalau bertambah power mata dia lagi, boleh membahayakan. Takut! 




2) Otot Fokus Mata Yang Tidak Stabil
Kalau Harris, waktu sebelum dia menggunakan spek, dia selalu tengok gajet dengan terlalu dekat. Kata pakar, sebab dia tak nampak dengan jelas, sebab tu dia suka tengok semua benda dengan dekat supaya dapat tengok dengan jelas. 


3) Mata Cepat Penat
Mata pun akan cepat penat, tak berehat kerana terlalu aktif mengadap gajet. Anak mommy selalu mengadu sakit kepala lepas tengok gajet. Mungkin ini lah sebabnya, mata keletihan.


4) Juling
Pengalaman Dr Hafidz sendiri dengan pesakitnya yang berusia 14 tahun yang mempunyai mata juling disebabkan main game PUBG 5 jam sehari  dan kadang kadang lagi lama menjadikan auto fokus tak terkawal. Memang tak sangka kan, dengan gajet rupanya boleh buat mata kita juling juga. Juling boleh jika dirawat, ambil masa 6 bulan hingga setahun jika tidak serius. 


5) Susah Nak tidur (insomnia)
Bila dah mengadap gajet terlalu lama, akan menyebabkan seseorang itu susah tidur. Badan kita akan terlalu penat, dan ganggu penghasilan hormon tidur. Kes ni, memang terjadi pada adik mommy yang berusia 11 tahun. Dia ketagih main game sampai tidur pukul 3 atau 4 pagi. Benda ni memang sangat serius, bila tak cukup tidur perangai dan mood pun tak stabil, mudah beremosi.

Cara Penjagaan Mata Anak 

5 kesan penggunaan gajet pada anak yang dikongsikan oleh Doktor Mohd Hafidz itu sudah sangat menakutkan andai perkara itu terjadi pada anak-anak kita. Sebolehnya tak nak bagi langsung gajet pada mereka, tapi apakan daya, gajet kini adalah keperluan mereka. Sebagai Ibu Ayah, mommy kena pantau dan elakkan perkara tersebut terjadi. Antara tip dan cara untuk menjaga mata anak yang di kongsikan oleh Doktor Mohd Hafidz adalah.... 


1) Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet
Penggunaan gajet ni kita hadkan paling maksimum sejam. Lepastu bagi rehat mata ni dalam masa 15 minit. Contoh boleh ajak anak tengok pemandangan luar. Mata pun perlu berehat. Cara lain, ibu bapa boleh pasang alarm untuk bagi memberhentikan penggunaan gajet. 

Cara ni, mommy mula praktis kan pada anak-anak lepas mereka dah masuk sekolah baru-baru ni. Boleh tengok HP hanya pada wakt tertentu sahaja. Sebab tak ada keperluan nak bagi mereka tengok lama. Penat bersekolah juga antara faktor, mereka kurang tengok gajet. Jadi, cara mengawal tempoh anak menggunakan gajet dapat membantu mata mereka dari kesan-kesan gajet.


2) Galakkan aktiviti luar rumah
Alhamdulillah... sekarang PKP sudah tamat, anak pun dah bersekolah, boleh lah bawa mereka beraktiviti di luar rumah. Antara aktiviti yang sering kami lakukan adalah berkelah dan ke taman untuk beriadah. Rupanya aktiviti seperti ini sangat membantu anak-anak dari leka mengadap HP dan beralih arah pada keseronokkan pada alam. Mereka lebih menikmati waktu bemain dan lupa gajet untuk sementara waktu. 


3) Kanta khas untuk penggunaan gajet
Ini salah satu cara yang mana kita boleh galakkan anak-anak mengunakan kanta khas untuk penggunaan gadjet. Dengan pengunaan kanta khas ini boleh melindungi mata anak dengan penglihatan jarak yang tajam dan tanpa kompromi.



4) Penggunaan kanta penapis warna biru
Perlu ada kanta yang ada penapis warna biru/ blue filter lens supaya cahaya tidak masuk dalam mata anak ketika mengadap gajet. Untuk cara yang ni, mommy penah share tentang kelebihan cermin mata " anti blue light" di sini link



5) Beri ganjaran pada anak ( Tak semestinya duit )
Salah satu cara ibu ayah perlu buat dekat anak-anak, beri "reward" pada mereka. Tapi elakkan bagi duit, boleh bagi reward jenis lain, seperti belikan apa yang diaorang suka atau bawa pergi bercuti. Mommy pun memang biasa buat macam ni. Tapi caa terbalik. Nak main HP, siap kan kerja sekolah. Atau nak main game, kemas bilik dulu. Terpulang pada cara didikan ibu ayah itu sendiri. 

Banyak input yang kita dapat dari sini kan. Gajet memang tak dapat dielakkan tapi kita boleh kawal. Sesekali, pergila ke Optom untuk buat pemeriksaan mata, terutama sekali mata anak. Selagi boleh cegah daripada mata rosak, kita cegah, daripada jadi terlalu teruk.


Alhamdulillah, mommy dah bawa anak-anak pergi Optom di Bangi, service yang diberikan sangat bagus, selesa untuk anak dan ibu ayah. Penerangan lebih jelas dari mereka dan kita boleh bertanya soalan lebih spesifik dengan masalah anak mata anak kepada mereka. 

Kiddos Eyecare Optom Bangi

Berita baik!!
OPTOM Eyecare ada menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. 

Mereka juga akan membuat pemeriksaan mata kanak-kanak pada 11/12/2021 ini bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin. Ambil peluang ini untuk tanyakan apa-apa berkenaan mata, masalah mata supaya mata anak-anak tiada masalah mata. Kita ni kalau boleh nak mata anak sihat selalu.

Untuk lebih jelas, korang boleh tonton video di bawah ni ok... 





Atau mahu dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh, boleh layari website mereka atau terus ke premis mereka di Bangi, Selangor.

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Website : https://optom.com.my/ 
Instagram Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare



Post a Comment

0 Comments